Friday, December 25, 2015

Tuan Sadiq Segaraga dan Tuan Penasihat...

Banyak yang P. Ramlee gambarkan dalam filemnya kini menjadi 
kenyataan.  Pengajaran dalam filem-filemnya merentasi zaman. 
Begitu jugaklah dengan filemnya 3 Abdul, kisah tiga beradik yang 
namanya bermula dengan Abdul dan orang kaya penipu Tuan Sadiq 
Segaraga seorang ahli perniagaan yang hampir bankrap dan 
Tuan Penasihatnya Kasim Patalon 20 persen.

Dialog yang popular yang kejadiannya terjadi pada zaman ini.
“Kita bahagi harta ini secara demokrasi…. Kanda serahkan
semua harta kepada adinda. Inilah demokrasi.”
“Demokrasi apa?” “Demokrasi terpimpin…”
”Demokrasi terpimpin kepala hotak kau!”

Tuan Penasihat “Sebelum mereka kawin kita mesti buat
satu syarat (bisik)…”
Tuan Sadiq Segaraga “Bagus. memang saudara seorang
yang bijak. Kalau perkara ini berhasil, tuan akan mendapat 20%” 
Bapak di sana tu penyamun. Abang-abang di sini tu
penyangak. Dah kena dah penyamun jual si penyangak..
apa salahnya (gelak)

“kamu kan tahu yang dia tu penipu, muka dia pun
muka penipu.. yang kamu berdua yang bijak pandai
yang boleh kena tipu ni fasal apa? Kamulah yang bodoh!” 

Ini pulak dari Filem Ali Baba Bujang Lapok.
Dalam duk sibuk kisah penipu, penyamun, perompak rupanya
cerita P.Ramlee Nasib Do Re Mi terselit mesej ni....
Cerita Madu Tiga..walaupun mesej ni troll..


Hanya Jauhari mengenal manikam...???

1 comment:

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails