Friday, March 26, 2010

Hiasan Rumah Kakak

Rumah kakak ni hiasan dalamannya dah pernah masuk majalah juga surat khabar.

Tapi hiasan yang ini belum lagi ...setiap kali masuk ..hiasannya berbeza, tempat letaknya juga berubah.
Dah banyak kali upload gambar...slow..tu yang x de mood...  dan guruh berdentam-dentum..terpaksalah stop...malam kalau tak hujan sambung semula InsyaAllah.

Ruang Tamu

Set sofa dan jambangan bunga...


Susunan pelbagai kusyen




Koleksi piring kaca dan cawan ..ada diantaranya di hias sendiri tampalan bunganya...





Koleksi barangan kaca.....

Hiasan bunga kering menjadi pilihan....





Koleksi barangan antik di laluan pintu masuk


Koleksi barang-barang dari mengkuang...

Ruang Makan Tetamu



Ruang keluarga... Gaya Inggeris 



Koeksi botol-botol hiasan diruang keluarga......

Ruang makan keluarga


Koleksi pinggan mangkuk di ruang keluarga


Ruang makan keluarga dan ruang dapur kering











Guruh berdentam-dentum terpaksa lah stop upload gambar ni...
Hujan lebat dan angin kencang siang tadi..sebelah malam saya sambung semula upload gambar-gambar...

Ini gambar hiasan dinding menuju ke ruang dapur kering



Keratan akhbar dan majalah yang memaparkan hiasan rumah beliau dibingkaikan




Bilik tidur





Ruang dapur basah






Taman bunga di hadapan rumah







Friday, March 5, 2010

Teman-teman di kelas pengajian


Ini gambar sebahagian lagi kawan-kawan se kelas... ini pun masih ada yang tidak dipotret..spt Kak Leha Ketua Kelas...dan adalah lagi 2 ke 3 anak dara kat kelas tu yang tak ada gambarnya lagi.....Gambar-gambar ni diambil sebelum kelas bermula...









Yang ni dua beradik campur dengan emak ada 3 beranak kat kelas tu...

Yang ni pun dua beradik...

Wednesday, March 3, 2010

Kek Cawan lagiiii...!!!


Kek Cawan Coklat Chip

Jiran anak saudara buat tempahan kek cawan sempena Harijadi anak beliau, dan nak hantar kek cawan ni pada kawan-kawan anaknya di Sekolah Tadika, fikir punya fikir apa nak buat untuk budak-budak..sebab dia tak order yang ada hiasan cream...nak yang kosong..jadi buatlah kek cawan yang ditabur coklat chip...inilah hasilnya...Taraaa......!!!!!

Anak saudara kata...sedap mak usu..yang membuat tempahan tu pun kata sedap..boleh order lagi...he...he
Order jangan tak order...bisnes jangan tak bisnes......Masyukkkkk!!!!!!  

Teman Sejati?...Teman Baik?...Teman Tapi Mesra?....

Kehidupan kita bukan sahaja dikelilingi keluarga, adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga tetapi juga teman. Beruntung kalau punya teman bukan sahaja baik tetapi teman sejati.



Teman tapi mesra lebih dikaitkan antara lelaki dan perempuan, berkawan baik tetapi tidak bercinta, atau bercinta dalam rahsia (Biarlah rahsia)...walaupun sebenarnya orang lain dapat meneka seperti apa hubungan itu....(Meneka dalam kesamaran)...Teman sebegini selalunya hanya untuk orang muda..tapi kalau sudah berkeluarga, punya suami, punya isteri ada teman sebegini..itu sendiri mau ingat maaa!..... 


Teman baik pula, teman yang boleh dibawa bicara, boleh pergi makan bersama, shopping ,atau bertelefon dan bersms dan mungkin juga bergossip.....TETAPI bila jauh dari pandangan, jauh jugalah persahabatan.Maksudnya..bertanya khabar tidak, hantar sms pun tidak. Jika ada yang bertanya khabar, selalunya hanya sebelah pihak sahaja, dan sebelah pihak buat-buat terlupa atau memang sengaja lupa, menelefon bila ada kepentingan, perlu bantuan, ataupun dalam setahun sekali pun belum tentu bertanya khabar ..(hmmm hampehhhhh...kata budak-budak sekarang..) Namun..orang lain mungkin punya pandangan yang berbeza.


Teman sejati.....hmmmmm, satu dalam seribu. Orang lain sering berkata teman waktu suka dan duka..tapi bagi saya teman sejati bukan sahaja waktu suka dan duka tetapi lebih dari itu.Teman sejati pada saya seperti keluarga sendiri,dia kenal keluarga kita, jika sudah berkeluarga, suaminya menjadi teman suami kita, anak-anaknya menjadi teman anak-anak kita, kita kenal ibubapanya, adik beradiknya, datuk nenek, saudara mara begitu juga beliau dengan keluarga kita. Kita boleh tidur, makan, mandi dirumah mereka seperti rumah sendiri dan beliau dan keluarga juga berbuat begitu bila dirumah kita. Apatah lagi kalau berjauhan, tidak berjumpa sering bertanya khabar apatah lagi dunia  masakini yang tanpa sempadan . Surat berganti e-mail, telefon boleh, sms, mms  pun boleh. Ertikata yang sungguh mendalam JAUH DIMATA, DEKAT DIHATI....

Anda semua punya teman yang bagaimana?




TETAPI.....Jika kita bermuhasabah diri...sudah tentu tempat mengadu, mencurah harapan adalah kepada ALLAH S.W.T. Yang paling dekat, paling rapat, lebih rapat dari urat nadi kita. Yang Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar apa sahaja, aduan, keluh kesah, rintihan, permintaan, permohonan dan doa-doa. Manusia belum tentu akan menemani kita setiap masa, juga belum tentu mengingati kita dalam doa-doanya. HANYA ALLAH S.W.T sahaja yang ada bersama kita, mengawasi kita 24 jam. Selama mana  umur dipanjangkan, selama itulah ALLAH ada bersama kita, sehinggalah ke alam  yang satu lagi. Subhanallah!!!!!

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails