Wednesday, March 3, 2010

Teman Sejati?...Teman Baik?...Teman Tapi Mesra?....

Kehidupan kita bukan sahaja dikelilingi keluarga, adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga tetapi juga teman. Beruntung kalau punya teman bukan sahaja baik tetapi teman sejati.



Teman tapi mesra lebih dikaitkan antara lelaki dan perempuan, berkawan baik tetapi tidak bercinta, atau bercinta dalam rahsia (Biarlah rahsia)...walaupun sebenarnya orang lain dapat meneka seperti apa hubungan itu....(Meneka dalam kesamaran)...Teman sebegini selalunya hanya untuk orang muda..tapi kalau sudah berkeluarga, punya suami, punya isteri ada teman sebegini..itu sendiri mau ingat maaa!..... 


Teman baik pula, teman yang boleh dibawa bicara, boleh pergi makan bersama, shopping ,atau bertelefon dan bersms dan mungkin juga bergossip.....TETAPI bila jauh dari pandangan, jauh jugalah persahabatan.Maksudnya..bertanya khabar tidak, hantar sms pun tidak. Jika ada yang bertanya khabar, selalunya hanya sebelah pihak sahaja, dan sebelah pihak buat-buat terlupa atau memang sengaja lupa, menelefon bila ada kepentingan, perlu bantuan, ataupun dalam setahun sekali pun belum tentu bertanya khabar ..(hmmm hampehhhhh...kata budak-budak sekarang..) Namun..orang lain mungkin punya pandangan yang berbeza.


Teman sejati.....hmmmmm, satu dalam seribu. Orang lain sering berkata teman waktu suka dan duka..tapi bagi saya teman sejati bukan sahaja waktu suka dan duka tetapi lebih dari itu.Teman sejati pada saya seperti keluarga sendiri,dia kenal keluarga kita, jika sudah berkeluarga, suaminya menjadi teman suami kita, anak-anaknya menjadi teman anak-anak kita, kita kenal ibubapanya, adik beradiknya, datuk nenek, saudara mara begitu juga beliau dengan keluarga kita. Kita boleh tidur, makan, mandi dirumah mereka seperti rumah sendiri dan beliau dan keluarga juga berbuat begitu bila dirumah kita. Apatah lagi kalau berjauhan, tidak berjumpa sering bertanya khabar apatah lagi dunia  masakini yang tanpa sempadan . Surat berganti e-mail, telefon boleh, sms, mms  pun boleh. Ertikata yang sungguh mendalam JAUH DIMATA, DEKAT DIHATI....

Anda semua punya teman yang bagaimana?




TETAPI.....Jika kita bermuhasabah diri...sudah tentu tempat mengadu, mencurah harapan adalah kepada ALLAH S.W.T. Yang paling dekat, paling rapat, lebih rapat dari urat nadi kita. Yang Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar apa sahaja, aduan, keluh kesah, rintihan, permintaan, permohonan dan doa-doa. Manusia belum tentu akan menemani kita setiap masa, juga belum tentu mengingati kita dalam doa-doanya. HANYA ALLAH S.W.T sahaja yang ada bersama kita, mengawasi kita 24 jam. Selama mana  umur dipanjangkan, selama itulah ALLAH ada bersama kita, sehinggalah ke alam  yang satu lagi. Subhanallah!!!!!

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails