Sunday, August 8, 2010

Pesta Floria di Putrajaya

Sepanjang bulan Julai, x ada kemana-mana, cakap dengan husband, kita pergi pesta bunga nak...hari ni 2nd last day, kalau pergi hari besuk lagi ramai orang pasal sebab selalunya hari akhir orang suka memborong...sampai kat sana dah pukul 3.30 petang, cadang lepas balik dari pesta ni nak singgah rumah kawan di Presint 15...jadi kami meronda sekitar gerai-gerai jualan...belilah juga 3 jenis bunga tiruan, bila tiba digerai bunga orkid, apalagi beli 4 jenis bunga orkid hutan...satu pokok yang dah berbunga dan 3 lagi anak bunga, tapi lupa lak nak snap...posting lain kali InsyaAllah, saya akan masukkan gambar bunga-bunga yang di beli di pesta flora kali ini.


 bunga yang menjadi tema tahun ini ...Bunga Heliconia....








Selepas ronda-ronda kami makan dan solat asar...kemudian telefon kawan, tapi dia pulak turun ke K.L, x ada rezekilah nak jumpa dia...mungkin lain kali kalau diberi kesihatan dan dipanjangkan umur dapatlah berjumpa, jadi sebelum kami balik ingat nak naik cruise tapi dah lewat ...kami singgah bergambar di tepi Jambatan Putrajaya...ramai juga yang ambil gambar kat situ...







Ingatan anak-anak...

(Sepatutnya posting ni pada Hari Ibu bulan Mei...tapi sbb gambar tak diupload, baru ni lah dapat diupdate) Hari ibu disambut besok..tapi anak-anak dah bagi hadiah awal-awal lagi...yang bongsu tu kreatif, pasalnya bersusah payah buat kad, melukis dan mewarna...cuba lihat kad hasil lukisannya....juga duit belanja sekolah yang dikumpul untuk membeli perhiasan...Mudah-mudah Allah akan menjadikan anak-anak ibu, anak-anak yang solehah, bahagia dunia dan akhirat, muslimah sejati..Aminnnn....








dan ini pula hadiah-hadiah yang diberikan kepada guru-guru sempena Hari Guru, untuk Guru Sekolah Rendah, Menengah dan Sekolah Agama. (jatuh pada bulan Mei juga....baru ni dapat update dan upload gambar)









dan paling seronok dan sibuk adalah yang paling bongsu, sampai 2 x, pergi beli hadiah untuk guru-guru dia sebab tak cukup, ialah ada 2 sessi sekolah, Sekolah Kebangsaan dan juga sekolah Agama.

Friday, August 6, 2010

Assalamualaikum.....Selamat menyambut Ramadhan



Salam...???  dah lama rumah ni ditinggalkan, berhabuk, bersawang...tak dijenguk-jenguk  ........banyak yang x diupdate dan gambar-gambar yg x diupload....busy memanjang dan kurang sihat pun ya juga...dah nak masuk bulan Ramadhan...mudah-mudahan Allah panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang sempurna bukan untuk saya sekeluarga sahaja, tapi untuk seluruh umat Islam di mana jua berada...dipermudahkan segalanya, dimurahkan rezeki..Aminnnnnnnnnnn...............apatah lagi.....bulan untuk mendapat pahala yang melimpah ruah...ini akan tiba beberapa hari saja lagi...Jadi kepada semua pembaca yang sudi menjenguk blog ini sebagai member atau secara tidak sengaja...ingin saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.....

Wednesday, June 16, 2010

Muffin dan kek cawan buah-buahan campur

Dah lama x update blog...banyak gambar yg x upload...ini gambar muffin dan kek cawan buah-buahan, kosong dan ada yang dihias dengan krim....

dan yang ini..kek cawan buah-buahan dihias cream inilah hasilnya.......x cantik...pasal nose pipingnya..? atau nak deconya tangan x seni..hahaha..kuikui.....



Prefer hiasan bunga nampak lebih cantik...perasan!!!!!!!!hahaha.......




geng upin ipin pun ada..lambang kelab bola pun ada...tapi terlupa nak snap..ai sey mak!!!!!!

Wednesday, June 2, 2010

Jalan-jalan di hari jadi

   Nak update..x up date juga post  ni...sejak bulan Mei..sekarang dah bulan Jun...hari jadi Athirah Nasuha pada 1 Mei, bawa bercuti di sebuah resort...booking dah lama kalau x semedang penuh aje..nak buat kek x sempat...jadi beli ajelah piza....






 









Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails