Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011, dan sekolah pun bermula.....


Tahun Baru 2010, berlalu melabuhkan tirainya, dan 2011 menjelma...semalam 1.1.11 tarikh orang buat kenduri kahwin.... tapi saya sibuk dengan bayar yuran sekolah Agama anak, tukar bateri jam tangan kat tukang jam...sebab jam baru bagi kat Diba hilang, tah kat mana dia letak, jadi bagi jam tangan lain kat dia, saya siapkan apa yang tak siap untuk Adibah Nabila bawa ke asrama...pesan kat dia, jangan guna duit kat bank, kalau benda tu tak perlu sangat....tiap-tiap bulan ibu akan masukkan duit...kalau boleh berjimat...duit makan kat asrama ibu bayar dengan duit buku dan juga segala keperluan masa kat sekolah tu nanti....
Besuk dah mula sekolah..dah cakap dengan husband..kena hantar si kakak Afiqah Najiha dulu, baru Thira...sepatutnya si Iqa sekolah petang..tapi kawan kat face book dia bagitau, dia orang cikgu masukkan kat kelas sebelah pagi Kelas Aliran Arab...saya tanya kenapa ?...cikgu kata sapa yang dapat markah tinngi, akan masuk kelas tu....jadi sekolah sessi pagilah dia  .....Lepas hantar si Iqa, baru hantar Thira dan hantar saya juga kakak kesekolah, sebab nak bayar yuran kelas Iqa sambil nak ambil sijil berhenti  Diba dan juga segala yang dipohon oleh sekolah barunya...pihak Pentadbiran sekolah kata datang 3hb1...jadi besuklah.  InsyaAllah semuanya nak diselesaikan berkaitan persekolahan, sebab Diba kena lapur diri kat sekolah baru pada 5.1.11...baju sekolah nasib Husband tolong gosok....baju lama dah gosok, tapi diaorang nak pakai baju baru.....saya pulak sibuk menjahit tempat letak botol air kat bag Thira...dari tahun lepas nak pakai beg Sasha pergi sekolah...jadi belikanlah juga, tapi tak da tempat letak botol air...dia kata nak pegang je botol, tiba-tiba malam ni...suruh bubuh tempat botol air...hmmmmmm, apa yang saya buat ialah ambil tempat botol dari bag NURI..rabak beg tu saya gunting...saya jahit kat bag Sasha... satu kerja pulak....suruh anak-anak tidur awal...sebab senang nak bangun pagi, kalau tidak asyik tidur lewat malam, bangun subuh solat..lepas solat bantai membuta balik....sekarang x da chance lah...sekolah dah mula balik.......

1 comment:

  1. Tahniah kepada Adibah
    kerana mendapat keputusan cemeralang! Selamat belajar...

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails