Sunday, June 19, 2011

Puding Cream Crackers

PUDING CREAM CRACKERS-
(KOLEKSI BUKU RESEPI AMY TAHUN 80AN)


Bahan-bahannya:-
5 keping biskut cream crackers
1 paket agar-agar
6 gelas air
4 biji telur
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 tin buah laici/nenas/buah-buahan campur
Sedikit serbuk koko


Cara:-
1.  Biskut cream crackers direndam dengan ½ tin susu cair,
     biar hingga kembang.
2.  Lepas itu dilecek @ hancurkan biskut yang telah kembang tadi.
3.  Masak agar-agar dengan air hingga larut, baru masukkan gula
     biar mendidih dan tapis.
4.  Pukul telur ayam hingga kembang, masukkan ½ tin lagi susu cair 
     tadi.
5.  Tuang adunan ini kedalam biskut yang telah dilecek, 
      masukkan esen vanila dan kacau sebati.
6.  Selepas itu tuang adunan tersebut kedalam agar-agar yang telah 
     ditapis tadi. Kacau hingga rata.
7.  Asingkan satu mangkuk agar-agar dan masukkan serbuk koko.
8.  Sediakan satu bekas, dan susun separuh buah laici/nenas 
     kedalam bekas tersebut.
9.  Tuang adunan asal berselang seli dengan adunan bercampur 
      koko kedalam bekas, secara bergilir-gilir supaya mendapat 
      adunan berbelang.
10. Akhir sekali, hias/tabur separuh lagi buah laici/ nenas diatas 
      puding tersebut.
11. Sejukkan sebelum dihidang.


* Air laici boleh dibubuh kedalam rebusan agar-agar tadi, kalau ingin kan agar-agar tidak berair(terlalu lembut) bubuh gula batu kedalam rebusan agar-agar.

Cubalah.....sedap aje lalu kat tekak...he..he..he

6 comments:

  1. Amy, Kak Noor tengah cari resepi puding menggunakan agar-agar dan cream crackers untuk projek survey. Nasib baik jumpa resepi Amy kat sini. Terima kasih banyak-banyak le.... Kalau free, singgahlah kat dapur Kak Noor pulak. Boleh kita berkongsi resepi. Kak Noor ni bab buat kuih-kuih ni kureng sikit...

    ReplyDelete
  2. Kak Noor,TQ sebab jadi member blog x glemer n fofular ni..ekekeee....kalau kak Noor nak resepi lain..kak Noor tinggal mesej je kat shout box pun tak pe....Amy ni sebenarnya pengumpul resepi TEGAR...tapi............. masaknya?????????...hua...hua......
    saya kumpul resepi sejak sekolah lagi...tapi blog Amy ni, bukan blog masakan macam yang lain tu......dulu-dulu kalau nak curahan hati kan selalu org tulis kat dairi...lepas tu sorok...tapi Amy jadikan blog ni Dairi Terbuka...TQ kak Noor sbb sudi singgah n jadi member tuk blog Amy...Insya Allah Amy singgah blog kak Noor...

    ReplyDelete
  3. Amy,
    Kak Noor dah cuba resepi puding cream crackers Amy tu. Memang sedap sangat dan menepati citarasa Kak Noor. Tetapi Kak Noor telah olah sedikit cara penyediaannya dan bahan yang digunakan mengikut citarasa Kak Noor. Nanti singgahlah ke blog Kak Noor tengok entri mengenai puding ini. Maafkan Kak Noor kerana telah mengubah khazanah hakcipta terpelihara Amy.

    ReplyDelete
  4. akak pun teringin nak ceduk resepi dari amy...selalunya resepi lama2 ni ada kelebihan tersendiri..

    ReplyDelete
  5. Ala Kak Noor...tak kisah pun,masing-masing kan ada cara tersendiri...resepi tu sebagai panduan aje...TQ sebab dah cuba

    ReplyDelete
  6. Kak Norlieharumaini, tak pe ...tak kisah pun kalau nak resepi lama-lama bagitau je...Baru-baru ni Amy dapat lagi satu buku resepi lama dari kakak...dia suruh taipkan semula sebab buku tu dah uzur sangat..bila tanya resepi tahun bila?...kakak kata zaman Amy sekolah @ masa Amy kecil...dia pun dah tak ingat...

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails