Wednesday, March 13, 2013

Sos Black Pepper Bercendawan

Satu lagi resepi bila tak nak masak nasi...

Sos Black Pepper Bercendawan

Bahan-bahan:
2 camb mentega
1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
2 camb tepung gandum
500ml air rebusan ayam atau guna kiub ayam
2-3 camb kicap pekat
1 camb oregano atau mix herbs
2 camb serbuk lada hitam
1 cawan cendawan butang - dihiris

Cara:
1.  Panaskan mentega, tumiskan bawang besar
   sehingga wangi .
2.  Masukkan pula tepung dan kacau sebati.
3.  Masukkan air rebusan ayam, kicap pekat, serbuk
Lada hitam, oregano (jika suka). Kacau rata.
4.  Akhir sekali masukkan hirisan cendawan butang.
5.  Kacau dan biarkan kuah pekat.
6.  Hidangkan dengan chiken chop, steak juga
sampingan lain seperti kentang goreng, coleslaw,
kacang panggang.

Tuesday, March 12, 2013

Nak Tergelak Lak Pulak!!!!!.......

Petai pun jadi hantaran!!!!!
Kesian baby ni…sakit kuning punya pasal…
sampai kena sidai!!!!! Perlu ke macam ni??
Alo..lo…lo….lapar sangat ke????
Siap kena mangga selipar ni …takut hilang!!!!
Duit cash pegang kat tangan tu!!!!
Rilex jerr…siap tidur lagi….

Spaghetti Bolognaise

Resepi masakan kali ini adalah resepi bila boring
memasak nasi.

Spaghetti Bolognaise

Bahan-bahan:-
1 paket spaghetti
½ paket daging kisar/cincang
500 gm tomato puree
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar – dicincang
3 biji buah tomato, didadu
sedikit air
1 sudu teh serbuk Oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam dan gula secukupnya
sedikit olive oil untuk menumis
Cara-cara:
1.  Didihkan air bersama sedikit garam dan minyak
     zaitun. Masukkan spaghetti dan rebus hingga lembut.
2.  Tuskan spaghetti danketepikan.
3.  Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga
     naik bayu. Masukkan buah tomato, masak hingga layu.
4.  Masukkan daging cincang/kisar, gaul rata.
5.  Masukkan sos tomato puree, tunggu sehingga daging
    masak.
6.  Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano, garam
    dan gula, kacau seketika.
7.  Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih. Apabila
    masak, tuangkan sos ke atas spaghetti dan hidangkan.

Muffin Coklat Chip



Muffin Chocolate Chip   
Bahan A (diayak):-
250gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
50gm serbuk koko
Bahan B:-
¾ cawan gula castor
2 cawan susu segar/susu cair
1 cawan minyak jagung/butter cair
1 biji telur size A
1 sudu teh esen vanilla
Inti:
150gm coklat chip

Cara membuatnya:-
1.  Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat
    dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas.
2. Pecahkan telur kedalam bekas lain dan kacau
    guna whisk, masukkan gula,susu segar, minyak
    jagung dan esen vanilla.
3. Masukkan bancuhan susu tadi kedalam tepung
    sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan
    senduk kayu. Gaul rata.Masukkan coklat chip
    separuh.
   4. Panaskan oven dengan kepanasan 160-170 c
       selama 10 minit terlebih dahulu.
    5. Masukkan bancuhan kedalam cawan muffin
        3/4 penuh.
    6. Taburkan sedikit coklat chip diatasnya sebagai
        hiasan.
    7. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
        (untuk lebih moist, bakar jangan terlalu lama).

Monday, March 11, 2013

Dah EXPIRED!!!!!! Bila nak bubar?????


Assalam…..
Sejak dua menjak ni…macam-macam peristiwa
berlaku…Sulu dan Sabah….Takziah untuk keluarga
yang terbabit dengan kematian di sana. Rakyat
asing buat demonstrasi minta gaji minima rm 900.
Pekerja bank pun buat demonstrasi pasal tak puas
hati dengan CEO….sejak dari tahun lepas…kisah
bagi IC pada bukan warganegara…. (dah lama dah!!!….)

Dah sibuk-sibuk kerana macam- macam hal, macam-
macam peristiwa…sampai dah masuk bulan Mac 2013
teringat…bila nak bubar parlimen?...Dok tunggu dari 
tahun lepas…,kebetulan hari Sabtu lepas pergi kenduri 
kahwin kawan ofis hubby..di Hill Park, Pantai Dalam….
terkojut jugaklah esay…pasal bendera bersimpang siur…
mak oiii…!!!! Tapi…herannya parlimennya tak bubar-
bubar…dah expired dah ni….yalah 8 Mac 2008 sampai 
8 Mac 2013….dah 5 tahun….hari ni je dah 11 hb Mac…
lagi lambat…lagi banyak cerita yang timbul?????

Sunday, March 10, 2013

Muffin Jem Strawberi

Dah lama tak buat muffin, kawan-kawan si Ira pula
meng'order' muffin dengan cupcake..Jadi saya buatlah..

Muffin Jem Strawberi
Bahan A:
1 cawan susu segar/susu cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
3/4 cawan gula
1 biji telur - gred A
Bahan B:(diayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam
Inti:
Jem strawberi secukupnya
Cara_cara:-
1. Satukan bahan A dalam mangkuk adunan.
   Kacau gunakan whisk.
2. Dalam mangkuk lain ayakkan bahan B.
   Gaul rata, lepas itu tuang dalam mangkuk
   bahan A. Kacau sebati tetapi jangan dipukul.
3. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas muffin,
   isi 1/2 cawan, bubuh jem strawberi satu sudu kecil.
   Kemudian sudukan lagi adunan untuk tutup jem,
   isikan separas 3/4 cawan kertas.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C - 200'C
   selama 30 minit atau sehingga masak.


Saturday, March 2, 2013

Hadirkan CINTA Dalam Dzikirmu


Artikel ini untuk semua pembaca blog dan teristimewa 
untuk Cik/Pn Rozylawati A Rahman -( dengan persoalan - 
Blhkh terangkan pd sy secara terperinci apakah mksudny 
tnpa kehadiran hati...)semoga persoalan sdri terjawab.....


Dzikir merupakan salah satu ibadah yang memiliki
banyak keistimewaan, di antaranya: akan mendatangkan
ketenangan bagi para pelakunya. Sebagaimana ditegaskan
Allah ta’ala dalam firman-Nya,

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ”.
Artinya: “Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati
menjadi tenteram”. QS. Ar-Ra’du: 28.

Namun, yang kerap menjadi pertanyaan, sudahkah dzikir
yang kita lantunkan mendatangkan ketenangan batin?
Jika belum, barangkali dikarenakan kita baru asal berdzikir.
Berikut beberapa kriteria dzikir sempurna yang diharapkan
akan membuahkan ketentraman hati:1
1. Dzikir yang banyak.
Dalil kriteria ini, antara lain: QS. Al-Ahzab: 41.
Batas minimal seorang bisa dikatakan telah banyak berdzikir
adalah: manakala dia rajin mengamalkan dzikir dan wirid
yang telah ditentukan momen-momennya dalam al-Qur’an
dan Sunnah2.
Adapun batas maksimalnya: lisan seseorang senantiasa basah
dengan dzikrullah dalam setiap kesempatan, sebagaimana
dijelaskan Allah ta’ala dalam QS. Ali Imran: 191.3
2. Dzikir yang memadukan antara amalan lisan dan
peresapan hati.
Maksudnya, dzikir yang dilantunkan dengan lisan, berupa
tasbîh, tahmîd, tahlîl, takbîr, istighfâr dan yang lainnya, diiringi
dengan peresapan makna yang dikandung dalam berbagai
kalimat mulia tersebut. Sehingga membuahkan perubahan
perilaku seorang hamba menuju kepada kebaikan. Dan inilah
tingkatan dzikir yang paling tinggi.4
3. Dzikir yang mengiringi seluruh amalan hamba.
Dzikir bukanlah suatu amalan tidak mungkin digabungkan
dengan amalan lainnya5. Bahkan dzikir bisa memasuki ranah
seluruh amalan; shalat, puasa, zakat, haji, amar ma’ruf nahi
mungkar dan ibadah lainnya. Justru manakala amalan tersebut
dipadukan dengan dzikir, maka amalan tersebut akan melesat
menuju puncak kualitasnya yang tertinggi6.
Maksud kriteria ketiga ini: manakala seorang hamba melakukan
amal ibadah apapun ia tidak lupa untuk berdzikir alias
mengingat Allah, dan menghadirkan keikhlasan niat di dalamnya.
4. Dzikir yang sesuai dengan tuntunan syariat.
Alangkah mengherankan praktek sebagian kalangan yang
dengan rutin membaca wirid dan hizib yang sama sekali tidak
ada dalilnya dari al-Qur’an dan Sunnah, padahal masih banyak
dzikir yang jelas-jelas ada tuntunannya belum mereka amalkan.
Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam mengingatkan,
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ”.
“Barang siapa yang melakukan suatu amalan yang tidak sesuai
dengan petunjukku, maka amalan itu akan ditolak”.
HR. Muslim (III/1344 no 1718).


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails