Thursday, November 4, 2010

Biskut Tart Bunga

Biskut ni kegemaran saya...senang je ...

Resepinya:

Tart bunga/tart gulung- (Resepi asal - Hanieliza)

Bahan

60 gm butter

190 gm majerin

70 gm gula halus

1 biji kuning telur

1 s/k esen vanilla

350 gm tepung gandum

50 gm tepung jagung



Jem Nenas..

boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek

atau..

1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula

1/2 cawan air ]

1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat

2 kuning telur

2 s/kecil air

pewarna kuning



Cara.

. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.

. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.

. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.

. Gaulkan sehingga rata dan sebati.

. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.

. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.

. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.

. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.

. Sapukan dengan bahan glaze tadi.

. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails