* Orang beribadah disangka riak
* Orang yang "relax" disangka malas
* Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
* Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
* Orang makan banyak disangka pelahap
* Orang makan sikit disangka "diet"
* Orang baik disangka buruk
* Orang buruk disangka baik
* Orang senyum disangka mengejek
* Orang masam disangka merajuk
* Orang bermuzakarah disangka mengumpat
* Orang diam disangka menyendiri
* Orang menawan disangka pakai susuk
* Orang nampak ceria disangka "membela"
Mana tahu...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Yang senyum itu kerana bersedekah
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Yang ceria itu kerana cergas fikiran dan sentiasa mengingati Allah.
Oleh itu jauhilah sikap suka bersangka-sangka,(bersangka buruk) kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api,bermacam-macam kesimpulan yang boleh dibuat, semuanya bergantung bagaimana kita melihat dan memikrkannya...cara itu semua datang dari hati....
Perasaan hasad,dengki, ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hati baginda semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Biar bersangka baik dari bersangka buruk....
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
'Ya ALLAH, hidupkanlah kami dengan kehidupan hamba,matikanlah kami dengan kematian hamba, masukkanlah kami ke SyurgaMU bersama hamba-hambaMU yang ENGKAU redhai'Ameeen..
*dikongsi bersama melalui E-mail tahun 2005 dan http://nasyidees.blogspot.com Wallahu A'alam.....
No comments:
Post a Comment