Monday, August 5, 2013

Bezanya Ramadhan Dulu Dan Sekarang...


RAMADHAN DULU DAN SEKARANG

Ramadhan zaman saya kecil-kecil, dulu-dulu tak
sama dengan Ramadhan hari ini. Dahulu, apabila
nak masuk bulan puasa, Penyimpan Besar  Mohor
Raja- Raja akan buat “PENGUMUMAN” dan inilah
saat yang di tunggu-tunggu, dengar radio, duduk
depan tv. Bila diumumkan bahawa anak bulan tidak
kelihatan maka bulan Ramadhan jatuh pada hari
berikutnya. Perasaan "teruja" bila menunggu saat
diumumkan.
Begitu juga bila nak sambut Syawal, tunggu Penyimpan
Besar  Mohor Raja-Raja juga buat “PENGUMUMAN”
dan bila diumumkan  saja…semua orang memang
sangatlah teruja, jangankan budak-budak,  orang tua 
pun sama. Terutama kaum ibu yang nak memasak untuk
hidangan Hari Raya, jika tak raya kena simpanlah lauk-
pauk tu untuk berbuka, kena masak lain untuk Hari 
Raya. Berbanding pada hari ini, samada Bulan 
Ramadhan maupun Syawal semua telah ditetapkan, 
hilang rasa AURANYA.

Dulu-dulu tak ada bazaar Ramadan, tak ada jualan
mega raya dan tak ada iklan raya di tv dan radio serta
akhbar yang gila-gila seperti hari ini. Tak ada iklan raya
dari PETRONAS. Dulu- dulu, orang sambut kedatangan 
Ramadan dengan satu ingatan sahaja, nak berpuasa
di siangnya dan bertarawih pada malamnya. Yang 
bebudak pulak, ingat nak main bunga api. Remaja lelaki 
pulak nak buat persiapan untuk buat “Meriam Buluh”, 
herannya waktu dulu-dulu tak dengar pun tangan putus 
ke, haper ke disebabkan main mercun….jangan sekarang…
macam-macam!!!

Cuma rasanya sambutan Ramadan hari ini jauh lebih 
baik berbanding dulu- dulu. Bila tergantung banyak 
banner ucapan bagi mengucapkan ihya Ramadan, suruh 
beriktikaf dan sebagainya. Ada banner gambar Ustaz 
yang handsome siap dengan ucapan:
“Pahala puasa atau hanya lapar dan dahaga,
Tadarus atau tidur terus,
Lailatul Qadar atau Lailatul Kamdar”.
Inilah ustaznya....
Dulu-dulu, Majlis iftar di masjid pun kurang.
Iktikaf 10 malam terakhir pun tak pernah dibuat orang. Pendeknya, ia berbeza dengan sekarang. Sekarang ini
di bandar besar, misalnya Kuala Lumpur dan Shah Alam,
malahan masjid tempat saya, penuh setiap malam di 
bulan Ramadhan, kebanyakan masjid dan suraunya 
melimpah ruah. Imam dijemput khas, sama ada imam 
hafiz tempatan mahu pun luar Negara. Ada tazkirah 
lagi…PERINGATAN.. manusia kan mudah lupa…..dalam 
begitu tahun ni ada juga Negeri yang tak bagi buat 
TAZKIRAH ….manusia!!!!manusia!!!....

Dahulu, solat tarawikhnya laju. Imam akan buat 20 
rakaat, tetapi lajunya minta ampun!!!!. Sekarang, 
selalunya orang suka buat lapan rakaat, ditambahkan 
dengan tazkirah. Samada selepas tarawikh atau selepas 
witir. Pengisiannya lebih bermanfaat.

Dahulu, moreh menjadi kemestian.Ada orang (selalunya
tukang masak masjid) tak solat tarawikh, sebab nak 
siapkan moreh. Tapi sekarang, orang lebih berebut nak 
taja majlis iftar, sampai sesetengah masjid penuh jadual 
sebulan ditempah orang. Dari bulan Rejab atau Syaaban 
lagi tempahan untuk iftar dah penuh.

Dahulu, Qiyamullail di bulan Ramadan jarang dibuat 
orang. Jika ada pun, lebih bersifat individu. Sekarang, 
qiyamullail dah jadi macam tradisi, khususnya pada 
10 malam terakhir bulan Ramadan. Bahkan, ada orang 
ambil cuti 10 hari terakhir itu untuk memudahkannya 
beriktikaf di masjid.
Bahkan, ada orang ambil trip ke Mekah menunaikan 
umrah di hujung Ramadan.(teringat teman sepejabat 
ambil cuti pada bulan Ramadhan sebab nak berpuasa 
di Mekah. Ada yang ambil awal, ada yang ambil waktu pertengahan dan hujung Ramadhan sewaktu ke Mekah, bergantung pada ongkosnya.)

Dahulu, bila musim Ramadan, amalan sedekah hanya
berlegar di sekitar rumah dan jiran terdekat. Kini, 
amalan sedekah di bulan Ramadan dah jadi hebat, 
sampai ke luar Negara, Kemboja, Palestin dan sebagainya. 
Hebat sungguh sedekah zaman sekarang. Malahan bulan 
puasa yang sedang dilalui ini, Imam menangis-nangis 
berdoa untuk para mujahidin Syria, Mesir dan Palestin 
malah dalam doa tu banyak nama Negara untuk orang 
Islam yang ditindas didoakan oleh imam dan diaminkan 
para jamaah. Bukan Imam aje yang menangis tapi 
termasuklah saya… sedihhhh.....

Cuma dulu-dulu, orang sambut Ramadhan dengan penuh kesederhanaan, makannya ala kadar, rasanya kurang 
pembaziran. Sekarang, orang jadikan Ramadan peluang
mengaut keuntungan, makanan tak sedap pun nak
berniaga, janji orang beli.
Teringat sewaktu di pejabat dulu, seorang PTD non 
muslim…merungut-rungut…saya tanya kenapa Mr.Koh…?
Saya hairan kenapa bulan puasa dia orang beli lauk,
makanan sampai tak cukup tangan, sampai orang lain
nak beli pun tak dapat…(maksud.. diri dialah)…dan dia
membebel lagi bukankah bulan puasa untuk orang Islam menghayati, merasai kesusahan, kelaparan yang dirasai
oleh orang fakir miskin atau orang yang tak mampu.
Saya kata…begitulah sepatutnya…PTD tu kata lagi, 
tapi kalau tengok dia orang beli “MACAM TAK MAKAN SETAHUN’…Ha kan dah kena…!!!!Malu wehh!!!
Bila “NON MUSLIM lebih berfikir dari kita yang muslim ni….Akhirnya, Ramadhan jadi pesta makanan dan jadi
bulan pembaziran.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails