Saturday, January 30, 2010

Sayur Labu Masak Lemak - Lauk Tengahari

Dah lama tak update resepi masakan.....nak update..... line Internetnya asyik  x dapat..............
sekarang line dah clear...upload gambar lak makan masa....
Ini lauk masak lemak labu dan pucuknya. Nak sedap lagi mesti ada ikan masin dan sambal tumis...hua...hua santap habis....
Nak rsepinya? Alaa..belasah aje......Macam masak lemak yang lain.....
tapi nak ikut panduan ni pun boleh.  

SAYUR LABU DAN PUCUKNYA 


Bahan-bahan:-
1/2 biji atau 1/4 kalau labu besar
Sedikit pucuk labu - di ambil pucuk & batang yang muda sahaja. 
1 biji bawang besar *
2-3 ulas bawang putih *
Sedikit cili merah * (kesemua dikisar*)
Udang basah boleh ganti ikan bilis
garam  secukup rasa
santan secukupnya

Cara

1. Bubuh santan, masukkan garam, bahan dikisar dan udang basah.
2. Bila mendidih masukkan labu dadu. Kacau sentiasa.
3. Bila labu hampir empuk masukkan pucuk labu. Kacau  selalu biar pucuk labu layu.
    Jangan biar terlalu lama, cepat padamkan api.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails