Dalam banyak-banyak masakan sup, orang mesti suka sup mamak, kenapa ye?? Pasal kepekatannya kah? Pasal mamak tu kah ? Pasal saja cari pasal kah? hee...hee, saya tak berapa jalan dengan masakan kedai mamak, sebab kedai mamak tak ada ulam-ulam dan sambal belacan , sayur yang ada balik-balik kobis dan bende....sayur-sayuran lain x ada....tak feel betulllllllllllllll...................Tapi kalau nak resepi cara mamak yang orang kata POWER TUU.....nanti saya up date kan...buat sementara, layan je sup yang saya masak ni....Sup Tulang dan Sup bebola Ikan. Sup bebola ikan ni kegemaran anak-anak LAYANNNNNNNN..................... Ada yang nak resepi juga ke?
Ini Resepinya:-
SUP BEBOLA IKAN
Bahan-bahannya
1 atau 2 bungkus bebola ikan
Bahan Sup
2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Sedikit halia
serbuk lada sulah
Daun sup + daun bawang
Bawang goreng
Kentang (jika suka)
Rempah tumis:-
Kayu manis
Bunga lawang
Cara-caranya-
1. Kisar halus bawang merah,bawang putih dan halia- tumis hingga naik minyak masukkan sekali kayu manis
dan bunga lawang.
2. Masukkan air, garam, serbuk perasa & lada sulah serbuk.
3. Bila sup dah mendidih, baru masukkan fishball tadi, juga kentang.
4. Biar mendidih, masukkan garam.
5. Taburkan daun sop/bawang & bawang goreng.
SUP TULANG
Bahan-bahannya:-
1 kg tulang lembu (siap dipotong ikut suka)
2 liter air
2 camb minyak
1 labu bawang besar dihiris halus
garam dan serbuk lada hitam
Daun sup dan daun bawang dihiris halus
Bawang goreng
Bahan Rempah:-
4 ulas bawang putih - diketuk
5 cm halia - dihiris
1 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
6 cm kulit layu manis
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk ketumbar
1 camt serbuk lada sulah
Caranya:-
1.Rebus tulang, air dan rempah selama 1 1/2 jam @ hingga empuk. Tambah air jika perlu.
2.Keluarkan tulang dan tapis air rebusan.
3.Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga garing dan wangi.
4.Masukkan air rebusan, garam, serbuk lada hitam dan tulang.
5.Bila sup menggelegak, bolehlah diangkat.
6. Sebelum dihidang taburkan dengan daun sup dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment