Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. " Surah Al-Baqarah: 216)"
Saturday, January 30, 2010
DUNIA 3 RASA
Tazkirah dari Ustaz....nama x tau, sbb saya tak catit dalam buku catitan, terlupa.....
Mengenal Dunia.
Jikalau menyamai dunia ini dengan seekor nyamuk sekalipun, dunia ini tidak ada harganya. Kalau ada 'harga' dunia ini , orang kafir tidak boleh meneguk walaupun seteguk air,tetapi dunia ini lebih hina, keji dari bangkai.
Dikeji oleh Allah kecuali 3 golongan:-
1. Orang yang zikir kepada Allah.
2. Orang yang mengaji/ mencari ilmu.
3. Orang yang mengajar/memberi ilmu.
Dunia ini ada 3 rasa:-
1. Dunia ini rasa manis -
Umpama semut dengan gula, semut mati dalam gula. Rasa manis membawa mudarat.
2. Dunia rasa pahit -
Umpama ubat yang pahit, tapi memberi manfaat.
3. Dunia rasa racun - Umpama dadah, kita elak / takut sebab membawa pelbagai mudarat.Bila dunia
rasa racun, takkan ada manusia nak makan @ minum racun kecuali otaknya sinting.
Begitulah rasa dunia kepada orang yang taat kepada Allah. Kita takut dan rasa takut itu semua kerana
Allah.
1. Bila dunia rasa manis, kita beramal untuk dunia semata, bangun untuk dunia, cari duit untuk dunia.
Kita sedang sakit, kalau rasa dunia ini manis .
2. Bila dunia rasa pahit, kita beramal untuk akhirat, belajar untuk akhirat, dan mengambil dunia ini sekadar
hajat sahaja, Infak ke jalan Allah.
3. Bila dunia rasa racun, kita akan lakukan segala perbuatan untuk Allah, kita tidak akan mementingkan
dunia , bekerja, solat mengaji kerana Allah.Orang yang hampir dengan Allah, Allah tidak akan mungkir
janji, bila di akhirat Allah akan lambakkan segala-galanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment