Saturday, February 6, 2010

Rendang terlagi-lagi

Memang pelik nama rendang ni....tapi kerana kepelikannya membuat saya ingin mencuba, rupanya sedap...dan nak lagi...tu yang dipanggil terlagi-lagi. Resepi ni dikumpul sejak zaman anak dara dah banyak kali dah buat...cubalah....





RENDANG TERLAGI-LAGI - KOLEKSI RESEPI TAHUN 80AN

Bahan-Bahan: -


1 kg daging [potong nipis kecil]
5 batang serai [ketuk]
1- 2 cawan minyak masak
1 1/2  sudu besar kicap pekat
2 cawan santan pekat
1 sudu besar asam jawa
1/2 biji kelapa untuk kerisik
11/2 s/besar gula merah
garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :-

15 tangkai cili kering*  + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
10 biji bawang merah*
4 biji bawang putih dikisar *
1 inci halia halus *  (bahan bertanda * semua dikisar)

Cara:

1. Panaskan minyak, goreng daging selama 15 minit dan angkat daging tadi dan ditumbuk sedikit ketika 
    masih panas.

2. Masukkan kicap pekat pada daging dan diperap selama 1 jam.

3. Tumis cili kering sehingga naik bau, kemudian masukkan semua bahan dikisar beserta serai yang diketuk,
     masak hingga terbit minyak.

4. Masukkan daging dan kacau perlahan-lahan.

5. Masukkan santan, air asam jawa, garam, dan gula. Biarkan mendidih dan sehingga kuahnya agak
    pekat .

6. Masukkan kerisik. Biarkan sehingga naik minyak.


7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..






















1 comment:

  1. Ya betul. hehehe. Isteri saya pun suka buat. Dia dapat dari buku Betty Yew.

    Pernah ajar pada kawan di Pahang. Kenduri pun dia buat ni.

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails