Sunday, September 16, 2012

Bintang Bola bukan Islam ini prihatin kepada Palestin..

Christiano Ronaldo dengan Pegawai Kelab

Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai
ikatan dengan Israel, Real Madrid malah memilih
menghampiri dengan Palestin. Tidak hanya
ditunjukkan polisi kelab, sikap pemain Los Blancos
juga demikian.

Yang paling ketara adalah langkah yang dilakukan
pemain termahal di dunia Christiano Ronaldo. Bintang
Seleccao yang dilabelkan media barat memiliki sifat
sombong tersebut ternyata mempunyai hati mulia.

Mantan penggawa Manchester United itu dengan
penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang
diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga
amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk
CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu,
lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas
milik Ronaldo itu hingga 1,4 juta euro. Wang hasil
lelong itu disumbangkan untuk membina beberapa
sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza.
Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut
tidak berhenti sampai di situ.

Sebelumnya ketika masih memperkuat pasukan
Merah, dalam sebuah acara, Ronaldo mengenakan
skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman
hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa
media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan
memusuhinya dan mencitrakan segala keburukannya.

Namun ada juga sebahagian media Britain menyebut
aksi Ronaldo itu sebagai bentuk kemanusiaan. Ia
menunjukkan kepedulian terhadap krisis Palestin
dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah
secara langsung berkunjung ke tanah pendudukan
Palestin pada 2007 dan 2005.

Di sana dia disambut suka cita oleh rakyat Palestin
dan mendapat pengawalan ketat. Tapi lagi-lagi
Ronaldo dikecam media yang pemiliknya menyokong
polisi kerajaan Zionis.  Sumber:di sini   

*Moral of the story: Kalau dia bukan Islam begitu 
prihatin tentu kita yang sememangnya Islam ni 
boleh berbuat dengan pelbagai cara, untuk membantu
rakyat Palestin. Contohnya bila ada kutipan untuk 
GAZA, hulur-hulurkan duit walaupun tak seberapa
sekurang-kurangnya, dapat mengurangkan sedikit
beban yang mereka tanggung.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails