Wednesday, July 17, 2013

Infaq


Infak bermaksud membelanjakan harta pada jalan 
Allah SWT secara umum.

Dalam al-Quran, kalimah infak disamakan maksudnya 
dengan nafkah. Infak terbahagi kepada dua iaitu infak 
wajib dan infak yang tidak wajib.

Infak wajib termasuk zakat, bayaran kafarah,menunaikan
nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan 
minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan 
ibu bapa.

Infak yang tidak wajib termasuk derma kepada 
pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, 
membantu program dakwah, bersedekah atas nama 
kemanusiaan dan sebagainya. Allah SWT menyebut 
perkataan infak dan nafkah sebanyak 49 kali dalam 
Al-Quran. (Antaranya, ayat 215 surah al-Baqarah)


Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa :
Rasulullah SAW pernah bersabda: Nafkah (infak) yang 
kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi 
pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk 
makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga 
akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat al-Bukhari)

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan )oleh orang-
orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, ialah 
seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh 
tangkai, pada tiap-tiap tangkai (pula ada) seratus biji 
buah. (Dan) Allah melipatgandakan (ganjaran)bagi siapa 
yang Dia kehendaki.

Di bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, yang banyak diberikan ganjaran berlipat ganda, rebutlah peluang ini,
untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup kita dunia dan
akhirat.



1 comment:

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails