Kerajaan menarik balik subsidi gula untuk orang miskin
yang hanya akan dapat menjimatkan RM 513 juta
setahun tanpa menyentuh langsung subsidi gas untuk
pengeluar Tenaga IPP yang kaya raya sebanyak RM 12
billion setiap tahun. Juta dengan billion takkan tak tau
beza yang mana lagi banyak ??? Failed matematik
sungguh!!! Tauke gula pulak untung 1 billion..Aku kaya.
aku kaya..!!! Masa nak tarik subsidi sibuk mewar-war
kan diabetes @ kencing manis. Bukan setakat subsidi
gula aje ditarik, banyak lagi peruntukan untuk rakyat
luar bandar yang di POTONG. Bukan rakyat kena
KENCING MANIS tapi KENA KENCING!!!!!
Asyik bercakap mengenai mengurangkan perbelanjaan
tapi hutang negara terus meningkat sehingga RM 541
billion pada akhir tahun ini berbanding RM 502 billion
pada 2012...kurang ke macam tu?? Kalau betul nak
kurangkan perbelanjaan kena mula dari Putrajaya dulu
termasuklah belanja menteri-menteri dan juga Pegawai
Kontrak di JPM (PEMANDU) entah apa yang dipandu
menghabiskan duit adalah...Dahlah bil letrik, air sampai
RM 2.5 juta...apa cer.???
Pak Menteri kata orang golongan pertengahan di
Malaysia memiliki:
1. Rumah Banglo
2. Kereta Mercedes Benz
3. Harta RM 2 juta atau RM 3 juta
Jika memiliki semua ini baru jadi golongan pertengahan,
maknanya kalau tak ada semua itu (rumah banglo,
kereta Mercz, duit RM 2 ke Rm 3 juta) JUTA weh!!!
Bukannya riban-riban...klas kau Jizz!!! Jadi rakyat
Malaysia dah jadi golongan bawahan/miskin.
Pendapatan
rakyat Malaysia mesti riban-riban satu
bulan.
Kalah Singapore kalah Korea…kat Singapore
pencuci
pinggan kat Restoren gaji ikut nilai ringgit
RM
3,000.00 sebulan..jadi kat Malaysia mesti
RM
5,000.00 kan ?? sebab dah jatuh golongan
bawahan…
Menteri
yang buat kenyataan ini mesti tinggal dalam
gua
atau bawah tempurung sampai tak sedar keperitan
kos
sara hidup dibandingkan dengan pendapatan rakyat
Malaysia
selama ini…bingai sungguh!!!
Undang-undang
pulak ada kasta…kalau rakyat biasa,
miskin mencuri
walaupun sehengget atau pun sepaket
milo sah-sah
kena 2-3 tahun penjara. Tapi kalau collar
putih,atau
ada title dihadapan nama…tak kira berapa
juta,billion
ke rilex aje…cium penjara pun tidak… siap
main golf,
makan angin kat luar negara lagi. Yang
heran dan ajaib
lagi, Pusat Zakat kutip duit juta-
juta tapi orang miskin
makin ramai…apa jadi dengan
duit kutipan???
Anak Menteri siap cakap"Pls work
hard and make some
Good
living, so u can enjoy it like us…” Benda dapat
free atau dengan cara mudah,bolehlah cakap macam tu..
cuba keje macam orang biasa...sekolah pulak tak pandai,
boleh beli rumah 7 juta..mampu???? Lesen teksi sapa
punya???
Work hard...good living, jangankan banglo,rumah flat
pun ramai yang tak mampu beli,
masih ramai yang
belum ada kediaman sendiri, masih duk
menyewa.
Kereta jenama Mercedes Benz ni masih lagi jenama
untuk orang kaya, walaupun ada yang dah boleh
beli,
tapi tengoklah pulak bayaran bulanannya banyak mana,
bukannya RM 400-500
hengget sebulan,macam kereta
Proton…
Oleh kerana rakyat Malaysia tak ada duit RM 2-3
juta, dan jadi rakyat golongan bawahan bolehlah lepas
ni... dapat duit BRIM dan segala macam lagikan...???
like this entry...betul betul kene start dari putrajaya dulu baru tau mcm mane istilah berjimat..
ReplyDeleteMmg betul Izwa...sebab sana keluar duit..dan sana juga duit bayak habis..
ReplyDeleteBetul kan!!.. kebenaran yg sukar diakui oleh org2 tertentu. Kita yg dok bawah nie la yg peritnya.
ReplyDeleteSebab diaorang ni hidup percuma semua ditanggung mana nak rasa apa...
Delete