kelapa(biskut bangkit kelapa moden)jadi saya buatlah
kek. Bila masak aje kek. si Ira.. ibu potong kek tu..
orang nak rasa.. jadi tak sempat sejuk kek tu, masa
suam-suam saya dah potong..Bagilah kat En Hubby
rasa..(dia paling tak minat dengan kek)..dia pun
rasa...Masa berkemas masukkan kek yang dah dipotong
tanyalah nak tak kek kelapa ni, saya nak simpan..
En.Hubby tanya..Kek Kelapa?..ya kek kelapa...
dalam tu bubuh kelapa..En.Hubby yang tak suka kek
kata...ohhhh!!! Patutlah sedappp!!!Confuse sekejap!!!
Apa sedap???..Haa..sedap kek tu..kata En.Hubby.
Aikk!!!orang tak suka makan kek kata sedap...
Maknanya sedaplahkan...tapi kek ni punyalah gebuss!!
tak hengat donia!!!
Kek Kelapa Kering-Amy
Bahan-bahan:
250gm
mentega
230gm
tepung kek
1
camt baking powder
200gm
gula kastor
50gm
kelapa kering(dessicated coconut)
50gm
susu segar/cair
4
biji telur
1
camt esen vanila
sedikit
pewarna merah & hijau
Cara-cara:
1. Ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder
dan ketepikan
2. Bahagikan kelapa kering kepada dua bahagian
dengan setiap satu digaulkan dengan pewarna
merah dan hijau.
Ketepikan. (saya buat 100gm
- 50gm merah dan 50 gm hijau)
3. Pukulkan mentega dan gula sehingga gebu dan
kembang
4. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil
dipukul lagi.
5. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
6. Setelah itu masukkan tepung berselang-seli
dengan susu segar/cair sebanyak 4 kali
(tepung
-susu-tepung-susu-4x) dipukul
sehingga sebati
7. Akhir sekali masukkan kedua2 kelapa kering
tadi
dan gaulkan sebati.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang tin yang
telah
digriskan dan ditaburkan dengan sedikit tepung
terlebih dahulu
9. Bakar pada suhu 175C selama 1 jam
10. Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan
betul-betul sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari
loyang
11. Potong dan hidangkan
No comments:
Post a Comment