Malam semalam saya dengan Ira pergi ke seberang jalan kawasan Pangsapuri Saujana Gombak, sebab kat situ ada Pasar Raya...beli susu cair dan santan kotak untuk stok simpanan. Masa beratur nak bayar..ada lelaki depan saya, beratur untuk buat bayaran..saya terpandang pada barang yang di belinya...ARAK...tergamam saya...yang bertugas di kaunter bayaran pula dua orang anak gadis bertudung, seorang masukkan dalam beg plastik, seorang lagi punch mesin kira duit..." Saya pun sebut..kesian kat pekerja pasaraya ni...elok-elok kerja tu halal ...dah jadi ???" kebetulan ada perempuan belakang saya, tengah tunggu giliran juga nak buat bayaran, dia pandang muka saya dengan wajah tertanya-tanya...? saya pun jawab..sebab terbabit menjual benda haram tu walaupun tak rela....
Rasulullah S.A.W telah mengutuk/ melaknat kerana khamar (arak) atas sepuluh orang iaitu:-
1. Yang memerah (orang yang membuat arak)
2. Orang yang diperahkan(Tauke arak)
3. Yang meminum (Orang yang meminum)
4. Yang membawa (Orang yang menghidangkannya)
5. Yang dibawakan (dihidang)(Tetamu yang menerima minuman)
6. Yang Menuang (Pelayan, Bar tender)
7. Yang menjual (Pekedai, hotel, kelab, Sykt Penerbangan)
8. Yang Menawarkan harganya (Syarikat penjual)
9. Yang membeli( si peminum atau syarikat)
10. Yang menyimpan (syarikat, pekedai, kelab)
(Diriwayatkan Oleh Ibnu Majah Dan Tirmidzi)
Kerjaya di hotel adalah kerjaya yang halal dan baik. Begitu juga bekerja di kedai. Cuma dalam aspek berkaitan arak, ia perlu diberi perhatian.
a) Arak adalah maksiat dan mungkar. Kewujudannya bekerja di situ satu
tanda reda dengan maksiat.
tanda reda dengan maksiat.
b) Keterlibatannya dengan arak tidak dapat dielakkan.
Jadi...biarlah urusan jual beli arak diuruskan oleh rakan sekerja yang bukan Muslim, tetapi yang selalu berlaku, pekerja tidak berani bersuara apatah lagi jika majikannya bukan Islam.Andaikan ada pelanggan ingin membeli minuman arak, (contoh di pasar raya yang saya pergi) maka masalah akan timbul ketika itu. Jika kita bekerja sebagai juruwang, kita yang menjual arak tersebut. Ini sudah termasuk dalam tegahan Nabi saw.
Selagi ada peluang untuk mencari pekerjaan lain, di tempat lain berusahalah mencarinya.
WALLAHU'ALAM BISAWAB.
Kredit kepada:- Artikel Halal dan haram dalam Islam. Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi dan http://hidayahcentre.wordpress.com
No comments:
Post a Comment