Friday, December 2, 2011

Langkawi Pulau Lagenda - Hari Kedua

Hari kedua di Langkawi, sebelum sarapan kami pergi ke tepi pantai, air laut tengah pasang, ombak kuatnya.....




Lepas tu kami singgah  di sebuah kedai...ramainya orang....ingatkan sedap..rupanya nan hado.....Oleh .kerana kakak dan anaknya pertama kali ke Langkawi...kami bawalah mereka  ronda-ronda,kami singgah di pinggiran laut di Awana  Porto Malai...cuaca panas terang benderang......














 Lepas tu kami ke Kg.Mahsuri, tiba-tiba hujan turun tapi tak adalah lebat sangat...pergi kaunter tiket ...dan masuk ke muziumnya terlebih dahulu...





 

Di dalam muzium tak dibenarkan mengambil gambar.....lepas keluar dari muzium, kami ke kawasan kampung Mahsuri....




 Kami pergi ke telaga atau ada yang panggil perigi....anak-anak memang tak pernah tengok telaga..
 




 Lepas telaga kami masuk ke kawasan rumah Mahsuri.....Ira dengan ayahnya naik ke atas rumah....




lepas tu pergi pulak bawah rumah...budak-budak ni tak pernah tengok mesin orang dulu-dulu



sempat lagi dia orang berposing di anak tangga Rumah Mahsuri.......
Sebelum balik dia orang menyoping.....


 Sebelum balik ke tempat penginapan kami singgah makan tengahari...



Lauk-pauk punyala banyak pelbagai..pilih ajelah mana nak.....kedai ni kepunyaan Siam Muslim..tapi sambal belacannya...berasap telinga...selepas makan balik ke tempat penginapan..sebab nak solat zohor...dah janji nak bawa dia orang pergi Pekan Kuah dan Dataran Lang selepas solat Asar......
Lepas solat, kami ke pekan Kuah....masuk kedai penuh dengan coklat...,masuk kedai penuh dengan pinggan mangkuk...saya belilah coklat kesukaan anak-anak...kawan-kawan pejabat hubby pun ada pesan...suruh beli ole-ole...

Lepas beli coklat singgah pula di Idaman Suri, lagi ramai orang...macam pasar borong lak pulak, pasal berbondong-bondong orang beli pinggan mangkuk, periuk, cadar....kakak pun beli juga tempat hidangan, saya beli sudu, senduk stainless steel, dan satu bekas hidangan. Selain kedai tu, ada juga singgah dikedai lain...kakaklah sakan menyoping, segala macam nak dibeli nya... 
Memandangkan hari dah petang sangat, kami singgah kejap aje di Dataran Lang...




Malam lepas solat Isya, kami makan malam di kedai makan dekat tempat penginapan, ohh sedap masakannya.... 

 Lepas makan kami ronda-ronda di sekitar kawasan Pantai Cenang saja...


Kami masuk ke dua buah kedai ni...Casa Fina..tengah buat sale untuk barangan kulit...kakak sempat menyambar hand bag, anak dia Izzat beli wallet.. manakala di kedai Paradise pulak, sakan beli aksesori...tapi yang sakan menyoping kakaklah...terlampau ramai nak dibelikan..anaklah, menantulah, pak mertualah....









Sebelum balik ke bilik...sempat lagi lepak kat warung burger.....yang beli Izzat dengan hubby...saya dengan yang lain...tak fikir apa dah..ingat nak tidur je....
Selamat malam, Insya Allah besuk sambung crita hari ke tiga pulak....

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails