Kita
sudah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan, 
bermula
malam tadi. Hari ini hari yang ke 20 Ramadhan  
dan
malam ini malam ke 21.Allahuakbar! Cepatnya masa berlalu.
10
hari terakhir inilah yang terkandung malam yang berkat, 
malam
“Lailatul Qadar”. Padanya diturunkan Al-Quran daripada 
Luh
Mahfuz ke Baitul Izzah, Langit Dunia.
Ada
banyak hadith yang menyuruh untuk kita mencari 
malam
Lailatul Qadar ini di dalam sepuluh malam-malam 
yang
terakhir di bulan Ramadhan, antaranya:
Hadith
nabi:
Daripada
Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah 
bersabda: “ Berusahalah untuk
mencari Lailatul Qadar 
pada malam yang ganjil dari
sepuluh malam terakhir 
di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)
Daripada
Aishah r.a telah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW 
apabila
masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan 
malam
(Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut 
kebaikan), mengejutkan ahli
keluarganya dan mengikat 
pakaiannya (bersungguh-sungguh
dalam beribadat dan 
melakukan kebaikan)”
. ( Muttafaqun alaih)
Tips untuk 10 malam
terakhir. Sumber:  di sini
Malam
tadi saya mendengar tazkirah selepas solat terakwih
yang
disampaikan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias. 
Antara
yang menarik perhatian saya ialah tips yang dikongsi 
daripada
ulama besar Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.
Di
dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :
”Barangsiapa
yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia 
berqiam
di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat 
subuh
berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam 
tersebut.
(Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari 
hadis Osman,Sahih
Jami’ Saghir – 6341).
Jadi
menurut Ustaz Mohd Ramadhan, pastikan bahawa kita 
menjaga
kedua-dua perkara tersebut di 10 malam terakhir 
Ramadhan
ini. Itu adalah antara syarat yang paling utama.
Jika
kita mampu bersolat dan berqiam sepanjang malam, 
alhamdulillah.
Lakukanlah!. Namun bagi yang bukan 
ahli qiam seperti
saya ini mungkin ia tidak dapat dilakukan 
dengan sebaiknya.
Jadi
orang yang sebegini, pastikan jangan tinggalkan 
solat isyak dan
solat subuh berjemaah. Kerana mengikut 
hadith nabi di atas, jika
kita melakukan kedua-dua solat 
tersebut secara berjemaah,ia
seolah-olah melakukan solat 
di sepanjang malam. Bayangkan kita
buat seperti yang 
disarankan pada malam Lailatul Qadar,ia
seolah-olah kita 
melakukan solat sepanjang malam selama lebih
daripada 
83 tahun. Allahuakbar! Besarnya rahmat Allah kepada
kita! 
Sayangnya Allah pada hambanya.
Ayuh,
rakan-rakan…! Kita sematkan azam dan kuatkan 
semangat untuk
berusaha supaya tidak meninggalkan solat 
Isyak dan Subuh secara
berjemaah. Itu adalah syarat paling 
rendah untuk menghadapi Malam
Al-Qadar.
Jika dapat melakukan ibadat yang lebih lagi alhamdulillah. 
Lagi besar ganjaran yang akan diperolehi.
Wallahua’lam
.jpg)
.jpg)
nice sharing..
ReplyDelete