Saturday, August 11, 2012

Tanda-tanda Dalam Mengetahui Malam Lailatul Qadar




Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar
adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W
   telah bersabda mengenai lailatul qadar yang bermaksud : 

“Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak
  begitu bercahaya (suram)”. – Hadis riwayat imam Muslim
  dalam kitab puasa .

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda
     telah bersabda yang bermaksud : 

“Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya
bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang
sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi
bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya
tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada 
baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak 
membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu”.
– Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid
daripada Ibadah bin As-Somit .


3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah
    bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda
    yang bermaksud : 

Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak
berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar
bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada
cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada 
    Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda 
    yang bermaksud : 

Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai
matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat
     yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka 
     turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh  
     mereka yang halus  menutupi dan menghalangi matahari 
     dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan 
bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk
    dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak 
    bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak 
    bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Sumber: di sini

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails