Biskut yang telah dibuat masa Hari raya Eidul Adha yang lepas, saya suka resepi ni sebab bila makan biskut ni, tepung nya tak melekat kat lelangit atau lidah, ada sesetengah resepi biskut tart, bukan saja gebu, tapi bila makan melekat kat lelangit mulut...itu yang tak best....
ini resepinya:-
Sweet Tart
: Sumber ResepiNet.
Bahan-bahan:-
1 buku mentega (250 g)
70 g gula halus
350 g tepung gandum
50 g tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Cara:-
1. Pukul butter campur gula hingga sebati.2. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, gaul rata.
4. Uli jadikan doh.
5. Terap dengan acuan, bubuh inti nenas.
6. Bakar pada suhu 170 C selama 15 minit, ikut oven masing-masing.
No comments:
Post a Comment