Seperti di janjikan saya sertakan satu lagi resepi kek coklat, kali ini resepi dari kawan sepejabat masa bujang-bujang dulu. Resepi ni guna cawan, sesiapa yang tak ada mesin timbang untuk buat kek/biskut boleh guna resepi ni.Saya namakan kek ni sempena nama kawan yang memberi resepi tersebut.
KEK COKLAT YATIE –Resepi asal Yatie Basiron
Bahan-bahan:-
1 buku mentega
1 ½ cawan gula castor
1 / 2 cawan koko
3 biji telor (asingkan putih dan kuning telor)
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan air sejuk
2 ½ cawan tepung kek
Bahan untuk topping:-
½ keping coklat
1 tin cream nestle
Bahan untuk hiasan:-
Coklat rice, parutan coklat atau manik warna-warni.
1. Pukul mentega, gula dan koko hingga kembang.
2. Masukkan telor sebiji-sebiji, baru masukkan esen vanilla.
3. Dalam bekas lain, guna mixer pukul putih hingga kembang.
4. Adunan mentega tadi gaul dengan tepung dan selang seli dengan air sejuk.
5. Masukkan putih telor yangb telah kembang dan gaul rata.
6. Masukkan dalam loyang yang telah digris, tabur sedikit tepung bagi rata.
7. Bakar sehingga masak, 180 C .
8. Setelah sejuk kek itu dibelah dua jadikan 2 lapis, tengah salut dengan krim, begitu juga diatas dan sekeliling kek.
Untuk cream:-
Cooking coklat dimasak campur cream nestle secara double boiler, sapu pada kek dan hias dengan coklat rice, parutan coklat atau manik warna-warni.
Nota* resepi kek coklat dalam blog ni dah ada 3 resepi yang berbeza, tapi kalau niat nak berniaga, saya syorkan resepi yang SUPER MOIST, bila orang beli orang bukan saja nak rasa sedap tapi berbaloi dengan harga, jadi ambil dan guna resepi yang betul-betul sedap.
No comments:
Post a Comment