Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Eidul Adha


Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha...kami tak pernah sambut Hari Raya di luar Kuala Lumpur tak kiralah Hari Raya Eidul Fitri atau Eidul Adha dan tahun-tahun sebelum ni, kami buat korban di Kg.Nakhoda, pernah sekali buat korban di Kemboja dan tahun ni sekali lagi kami buat korban di Kemboja, jadi  lepas ambil Diba dari asrama di Kuala Kelawang kami terus ke Tiara Beach Port Dickson, rasa letih nak ulang alik ke K.L sebab hari Isnin nak hantar Diba balik asrama, aleh-aleh si Diba kata balik asrama hari Selasa, jadi kita orang stay ajelah kat sini...plan nak solat Hari Raya  di Masjid P.D, masak serba sikit je...kakak kata nak singgah sini sebelum balik kampung husband dia di Rembau. Tengoklah Insya Allah...tadi dah survey kedai jual ayam segar, sayur...aduhhhhh tutup lak pulak..semua dah balik kampung beraya kut.....tengok pasar malam nanti ada tak jual...kalau tak masak ayam RAMLY BURGER jelah...
Pagi ni dah rebus nasi himpit, plan nak masak nasi briyani pagi Hari Raya, kalau ada sayur kat pasar malam buat acar jelatah cukuplah...
Malam lepas solat maghrib pergi pasar malam P.D....ramainya orang, macam bukan malam raya...cari oang jual ayam tak ada...jual sayur lagi tak ada....jumpa orang jual burung puyuh...beli burung puyuh..pasal dah siap goreng berempah...
Subuh lepas solat, saya masak nasi briani...goreng ayam Ramly Burger (dah siap bertepung) buat ayam masak madu....
Nak dekat pukul 8.00 pagi pergi solat Hari Raya di masjid yang berhampiran...tapi terlupa bawa h/p, kalau tidak boleh ambil gambar sewaktu nak balik lepas solat...ramai jemaah P.D....
Walaupun kami anak beranak je...x macam raya pun tapi, hidangan tetap ada.....set pinggan mangkuk pun tak lengkap...belasah je apa yang ada...hu..hu...hu....


 













No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails