Monday, November 14, 2011

Kek Super Moist Chocolate

Saya nak beri dua resepi kek coklat, resepi yang dah lama tersimpan dalam koleksi saya. Satu tabiat saya adalah, saya hanya akan memberikan resepi yang betul-betul jadi, yang dah saya cuba dan dah saya buat menjadi. Resepi pun tak ada tipu-tipu, sebab ilmu yang ada perlu dikongsi bukan untuk di bawa mati. Sebelum ni saya dah masukkan satu resepi kek coklat moist juga tapi yang ini SUPER MOIST dan satu lagi kek coklat tanpa sukatan gram, iaitu guna sukatan cawan, tapi bukan cawan minum ya sayangggg, cawan sukatan metrik atau sukatan khas untuk buat kek , biskut atau kuih. Resepi pertama adalah:-

KEK SUPER MOIST CHOCOLATE – AMY
Bahan-bahan:-
275 gm mentega
250 gm gula halus
250 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telor
2 biji kuning telor
1 1/3 cawan air sejuk
1 ½ sudu teh soda bikarbonat
Cara:-
1.     Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.    Masukkan telor satu persatu dan pukul ingga rata.
3.    Masukkan tepung yang telah dicampur dengan soda bikarbonat,    
     serbuk koko selangseli dengan air sejuk.
4.    Masukkan adunan kedalam tin kek yang telah digris atau dilapik kertas kuih.
5.    Loyang berukuran 10 inci.
6.    Bakar dengan suhu 180 C selama 45 minit atau 1 jam.
Hiasan:-
1 keping coklat masakan
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam
1 tin kecil susu  (cream nestle)
Masak secara double boiler. Hias kek ikut cita rasa.

* Letak topping coklat atas kek ni boleh ikut dari mana-mana resepi pun apatah lagi, cream nestle tin kecil ni sekarang susah nak cari,dah banyak pasaraya pergi macam dah tak jual, tak taulah kalau bulan Ramadhan jual ke tidak...dulu ada juga jual kat Giant, sebab tu sekarang saya kalau nak buat topping saya guna coklat jenama colatta(coklat compound) coklat yang memang khas untuk buat coklat campur dengan susu segar
*Resepi kek ni untuk jualan zaman bujang dulu. Sesiapa yang nak berniaga atau nak cuba resepi kek ni silakan....kek ni memang lembut dan gebu.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails