3 Perkara yang elok disebut:
1.  Perbanyakkan
menyebut Allah daripada menyebut
makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut 
atau
memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita 
sehingga
kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa 
terlampau
banyak nikmat yang telah Allah berikan 
kepada
kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan 
menyebut-nyebut
nama Allah. Makhluk yang berbuat 
baik
sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu 
banyak
Allah berikan kita langsung tak ingat. 
Sebaik-baiknya
elok dibasahi lidah kita dengan memuji 
Allah
setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya 
apabila
sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini 
hanya
di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
2.  Perbanyakkan
menyebut akhirat daripada menyebut 
urusan
dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan 
akhirat.
1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran 
masa
sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur
di
dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 
1/100
daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan 
kepayahan hidup di dunia hanya
1/100 daripada akhirat. 
Hanya
orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan 
Wawasan
Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat 
(WA).
Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang 
sibuk
merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah 
Dunia
(SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah 
Saham
Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi 
dan
merudum malahan sentiasa naik berlipat kali 
ganda.
Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut 
perihal
akhirat supaya timbul keghairahan menanam 
dan
melabur saham akhirat.
3.  Perbanyakkan
menyebut dan mengingat hal-hal 
kematian
daripada hal-hal kehidupan. Kita sering 
memikirkan
bekalan hidup ketika tua dan bersara 
tapi
jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. 
Memikirkan
mati adalah sunat kerana dengan berbuat 
demikian
kita akan menginsafi diri dan kekurangan 
amalan
yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang 
jauh
ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan 
yang
amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan 
semasa
hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. 
Kalau
tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat 
mengutip
hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini 
eloklah
sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah 
terjamin
akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh 
dengan
hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk 
dibawa
ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa 
pula
dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang 
dengan
dosa?
2
Perkara Jangan Disebut:
1.  Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan 
keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap 
diri
kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada 
diri
kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-
nyebut
tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada 
kepada
diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. 
Satu
kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu 
macam
rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung. 
Kita
terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat 
kebaikan
kita itu sudah menimbulkan satu penyakit 
hati
iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam 
sekam
boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita 
buat.
Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan riak’ atau 
bangga
diri yang mana Allah telah memberi amaran 
sesiapa
yang memakai sifatNya (riak') tidak akan 
mencium
bau syurga adalah satu unsur dari syirik 
(khafi).
Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya 
menghindarkan
diri daripada mengingat kebaikan 
diri
kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa 
perbuatan
buat baik yang ada pada diri kita itu 
sebenarnya
datang dari  Allah. Allah yang menyuruh 
kita
buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada 
Allah
kerana menjadikan kita orang baik, bukannya 
mendabik
dada mengatakan kita orang baik. Kita 
terlupa
kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
2.  Jangan
sebut-sebut dan nampak-nampakkan 
keaiban
atau keburukan diri orang lain. Kegelapan 
hati
ditokok dengan rangsangan syaitan selalu 
menyebabkan
diri kita menyebut-nyebut kesalahan 
dan
kekurangan orang lain. 
Kita
terdorong melihat keaiban orang sehingga 
terlupa
melihat keaiban dan kekurangan diri kita 
sendiri.
Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang 
lautan
nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan. 
Islam
menuntut kita melihat kekurangan diri supaya 
dengan
cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan 
diri
kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan
isyarat bahawa diri kita 
sendiri
tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk 
kepada
orang; satu jari arah ke orang itu tapi 
4
lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna 
bukan
orang itu yang buruk, malahan diri kita 
lebih
buruk daripadanya.! Oleh sebab itu, biasakan 
diri
kita melihat keburukan diri kita bukannya 
keburukan
orang lain. 
Jangan
menjaga tepi kain orang sedangkan tepi 
kain
kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan 
sikap
positif yang perlu dihayati dalam hubungan 
sesama
manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang 
ada
pada diri seseorang, meskipun ada banyak 
kejahatan
yang ada pada dirinya. Apabila melihat 
diri
kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada 
diri
kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya 
dengan
cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan 
yang
memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api
neraka.
Semoga
5 perkara yang disebutkan di atas dapat 
kita
hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita 
seharian.
Sama-sama beroda semoga terselamat 
dari
kemurkaan Allah semasa di dunia hingga 
ke
akhirat. Amin..

Nice sharing ~
ReplyDelete