Wednesday, November 14, 2012

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus di Astro....


Malam ni, jam 7.30 pm tadi bermula rancangan
Kemah Keming oleh Ustaz Azhar Idrus ( UIA).Kalau
ikutkan rancangan ni telah diwar-warkan sejak
bulan Jun lagi...tapi senyap aje................Barulah
malam ni ke udara....memang di tunggu-tunggu..
Macam-macam soalan ada…sampai Ustaz Azhar
kata “ Macam-macam ada…..”
Dari soalan pasal nabi, soalan isteri yang malas
Solat..sampai lah ke soalan telur penyu….Nak
tergelak dengar soalan…tapi memang tergelak
bila dengar Ustaz jawab…slumber, sempoi, tapi
kita memang mudah faham….anak-anak saya
punyalah tergelak dengar soalan dan juga cara 
jawapan yang di berikan Ustaz Azhar.
Ulangannya diwar-warkan jam 10.00 malam,
tapi kami tunggu rupanya jam 11.00 malam.
Sempena Awal Muharram ni …stesyen Astro Oasis
keudarakan siaran ni tiga (3) hari berturut-turut.
Namun saya berharap rancangan ini akan menjadi
rancangan tetap stesyen Astro….bukan sahaja
kerana ilmu pengetahuan untuk orang ramai, tapi
inilah peluang Astro Oasis untuk merebut rating
stesyen tv….
Kepada yang terlepas siaran ni, saya tak tau bila
Astro akan ulang balik semula...sebab ulangannya 
pada hari yang sama, tapi saya memang rakam
dalam GT saya, mudah untuk buat rujukan.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails