Friday, November 16, 2012

Sambal Kuah Kacang Berparu



Sambal Kuah Kacang Berparu- Amy

Bahan untuk paru goreng:
200 gm paru- rebus dan hiris nipis- nipis
Sedikit garam dan kunyit
Bahan-bahan untuk dikisar:
2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis

Cara:
1. Paru yang telah direbus dan dihiris nipis, digaul
    dengan garam dan kunyit juga bahan-bahan kisar
    dan diperap terlebih dahulu 1– 2 jam.
    (untuk lebih mudah buat paru berempah ini lebih
    awal dan simpan dalam tempat beku).
2. Paru yang telah diperap digoreng garing.Ketepikan.

Bahan- bahan untuk sambal kacang:
300 gm kacang tanah- goreng dalam minyak panas. 
100 gm cili kering – dikisar dan ketepikan.
Bahan-bahan dikisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
2 sudu besar udang kering
Bahan lain:
2 batang serai diketuk
3 sudu besar gula merah
garam dan gula secukupnya
air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menumis

Caranya:
1.Kacang yang telah digoreng, ditoskan kemudian kisar.
2.Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga
   naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar tadi
   bersama serai yang telah diketuk, biarkan hingga 
   wangi.
3.Masukkan kacang tanah dan kacau sebati.Masukkan
   sedikit air jika perlu sehinggaa terbit minyak.
4.Masukkan air asam jawa, gula merah,garam dan gula 
   pasir secukup rasa dan kacau sebati. Masak atas api 
   kecil dan hendaklah sentiasa di kacau supaya jangan 
   hangus.
5.Apabila telah naik minyak, masukkan paru yang telah
   siap digoreng, ratakan biarkan mendidih. Barulah 
   diangkat.

*Kacang tanah yang di goreng dengan minyak
 menjadikan kuah kacang tahan lama (lambat
 untuk basi), berbanding kacang tanah yang 
 disangai tanpa minyak.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails