Thursday, November 22, 2012

Peristiwa 10 Muharram



PERISTIWA 10 MUHARRAM
10 Muharram – Dinamakan juga ‘Hari Asyura’.
Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting
yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan
yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan
dan kebenaran. Bertanya para sahabat:
“Wahai Rasulullah! Apakah kelebihan 10 Muharram
berbanding dengan hari-hari yang lain?”

Jawab Baginda SAW:
1.Allah SWT menciptakan alam, langit, bintang
   dan sebagainya
2.Allah SWT menciptakan gunung-ganang pada
   10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal
   manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam AS pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam AS ke dalam syurga
   pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim AS pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim AS dari api Namrud
   pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail AS dari
   sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud AS pada
    10 Muharram
13.Dilahirkan Nabi Isa AS pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut
     ikan Nun setelah berada didalamnya selama
     40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub AS pada
    10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa AS ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam AS pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan takhta kerajaan kepada
     Nabi Sulaiman AS
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada
    10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh AS daripada tenggelam
     sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
     pada 10 Muharram
Peristiwa lain
1.Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada
   Nabi Musa.
2.Diangkat Nabi Idris AS ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan
   oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan
   Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
6.Allah SWT menjadikan ‘Arasy.
7.Allah SWT menjadikan alam.
8.Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari
Ikrimah RA berkata: “Hari Asyura ialah hari
diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula
hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka
ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya
Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa AS dan
Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika
dapat, engkau berpuasalah pada hari Asyura.”

Berpuasa: Berpuasa selama 10 hari(jika mampu).
Dlarang keras oleh Rasul Allah jika berpuasa
hanya pada 10 hb Muharram tanpa mendahulu
pada 9hb kerana cara sedemikian menyerupai
orang-orang Yahudi.

Bersedekah: Disunatkan bersedekah terutama pada 
10 Muharram (Hari Assyura)
“Barangsiapa berpuasa pada hari Assyura adalah
seperti berpuasa setahun lamanya dan barangsiapa
bersedekah pada hari Assyura adalah bagai bersedekah
selama setahun lamanya.”
Hadith Riwayat Ibnu Umar r.a.

Menggembirakan keluarga: Salah satu amalan baik
ialah menggembirakan keluarga atau saudara mara
terdekat.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari
Muhammad bin Maisarah berkata: “Barangsiapa
yang melapangkan pada keluarganya pada hari
Asyura, maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya
sepanjang tahun itu.” Sufyan berkata: “Telah kami 
cuba, maka rasakan kebenarannya.
Sumber: di sini n email.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails