Sunday, November 18, 2012

Ummat Muhammad Siap Berperang di Jalan Allah. - Syeikh Yusuf Qaradhawi


"Khaibar, khaibar ya Yahud! Jaysyu 
Muhammad Saya'uud ..! Asy-Sya'b yurid 
tahrir filastiin!!! "

(Ingatlah perang Khaibar wahai kaum Yahudi. 
Sesungguhnya pasukan Muhammad akan kembali 
mengalahkan kamu. Masyarakat menginginkan 
kemerdekaan Palestina).

 Begitulah di antara teriakan-teriakan jemaah solat 
Jumaat di Masjid Al-Azhar Mesir, beberapa jam lalu 
waktu Kaherah, setelah mendengar khutbah Jumaat 
Syeikh Yusuf Qaradhawi, ketua Persatuan Ulama Islam 
se-dunia.

"Musuh-musuh Islam berusaha untuk mengurangkan 
jumlah umat Islam, akan tetapi malah disebalik, justru 
jumlah umat Islam setiap hari bertambah. Israel mahu 
menghina umat Islam dengan segala macam cara dan 
pelbagai senjata, akan tetapi tidak mungkin umat ini 
akan jatuh selamanya, iaitu umat Muhammad yang siap 
berperang di jalan Allah, "ungkap beliau.

"Bangsa Israel yang terkutuk melakukan kezaliman 
kepada saudara-saudara kita di Gaza. Wahai bangsa 
Israel, sesungguhnya di depanmu ada umat yang besar 
sebagai umat yang satu, satu barisan, yang disatukan 
oleh Islam, dan disatukan oleh Muhammad SAW.

"Kita melihat ketika ibadah haji seluruh warna dan jenis berkumpul, dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah 
adalah penciptaan langit dan bumi, tidak akan jatuh umat 
ini di hadapan kesombongan Israel, dialah umat Al-Quran 
dan umat Islam, dan ini adalah panggilan besar untuk 
umat islam iaitu dakwah yang tidak ada keraguan 
di dalamnya, maka kami mengajak seluruh dunia 
bebaskanlah diri kamu daripada menyembah hawa nafsu, 
dan dari menyembah selain Allah swt, dan menyembah 
manusia satu sama lain, wahai ahli kitab mari kita bersatu!

"Ini adalah dakwah untuk umat manusia seluruhnya, 
untuk saudara kita di Mesir, dan seluruh dunia, kerana 
kita menganggap seluruh dunia ini adalah saudara bagi 
yang lain kecuali yang membusungkan dada dan 
mengikuti kemahuan syaitan," demikian Syeikh Qardawi.
Sumber: di sini

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails