Monday, November 5, 2012

Reunion .....Pelajar PMR


Inilah kumpulan pelajar PMR yang berkumpul
dan berjumpa selepas cuti bermula untuk mereka.
Pelajar-pelajar ni termasuklah anak saya si Iqa.
Mereka berkumpul dan buat perjumpaan di
Taman Metropolitan tempat orang ramai main
layang-layang di Kepong.
Pelajar-pelajar ni, mereka berpakat tempah
T Shirt untuk dipakai satu kelas. Kebetulan pulak
kelas ni menang hadiah wang tunai dari pihak
sekolah waktu pertandingan menghias kelas
sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan
wang tunai tu digunakan untuk membeli makanan
dan juga keperluan lain bagi “Reunion” mereka.

Kelas si Iqa saja buat reunion ni…..sebab  besar
kemungkinan bila keputusan keluar nanti,
mereka akan berpindah ke sekolah lain, sebab
ramai yang memohon untuk masuk Kolej
Vokasional ada yang memohon MARA dan juga
Maktab Tentera. Tapi masa perjumpaan tu ada
juga rakan sekelas yang tak hadir, tengoklah
pelajar lelakinya hanya ada empat orang aje…..
busy kut….!!!!

Teha,Sufina, Iqa, Fidah,Fifah
Kawan-kawan yang paling rapat
Yang paling kecil si Iqa, selalu
Pengetua tegur dia...kata "Bila nak besar ni?"

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails