Kita kini telah tiba di penghujung Ramadhan dan
esok hari  Insya Allah umat Islam di
Malaysia akan menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Tidak salah sekiranya kita
meraikan kemenangan kita berperang dengan 
hawa nafsu di dalam bulan Ramadhan
dengan berhari raya menyambut kedatangan Syawal sebagai  tanda bahawa kita sudah berjaya memfitrahkan
diri kita kerana Aidil Fitri itu sendiri bermaksud kita ‘kembali kepada
Fitrah’.
Fitrah juga bermaksud tabiat semula jadi.
Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan
disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih , bertadarus
al-Quran, Qiyamullail, bersedekah dan sebagainya ibarat telah meleburkan dan
membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali
seperti bayi yang baru dilahirkan.
Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib
menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya
telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut Eidul Fitri. Ciri-ciri
yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak
sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan.
1.   Jangan
jadikan sambutan Hari Raya sebagai alasan untuk 
kita membazir dengan membeli
pelbagai barang keperluan 
Hari Raya seperti perabut atau perhiasan rumah demi
untuk 
bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk. Kita boleh menyediakan makanan,
juadah dan kuih-muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana
dan mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga.
2.   Jangan
jadikan alasan berhari raya untuk kita mudah menghulurkan tangan bersalaman
dengan semua orang ketika ziarah menziarahi. Ingatlah bahawa hukumnya haram
bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim walaupun orang yang kita
bersalaman itu dianggap seperti saudara kandung sendiri. 
3.   Ada
yang sanggup bersusah payah untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat
Hari Raya sedangkan solat yang fardhu langsung tidak ditunaikan. Mana satukah
yang wajib dilakukan?
4.   Memang
tidak dinafikan bahawa dalam bulan Syawal nanti 
pasti akan ada banyak Rumah
Terbuka. Makanlah sekadar yang 
mampu dan janganlah sehingga sampai membawa
mudharat 
kepada diri sendiri akibat terlebih makan.
5.   Amalan
bermaaf-maafan bukanlah hanya esklusif kepada 
Hari Raya sahaja. Ia seharusnya
diperluaskan kepada setiap 
masa kerana bermaaf-maafan ini adalah satu amlan
yang 
amat dituntut agama. Amalan meminta maaf juga perlulah 
dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan 
kesilapan serta kesalahan pada orang
lain.
6.   Selalunya
semasa Hari Rayalah pelbagai rancangan 
hiburan akan ditayangkan di kaca TV dan
ramai yang 
'melekat' di rumah tanpa pergi ziarah-menziarahi sanak 
saudara dan sahabat
handai. Amalan ziarah- menziarahi 
orang tua, sandara-mara, kaum kerabat,
orang-orang 
yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat 
handai ini
sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya 
sahaja, tetapi perlu dilakukan pada
hari dan bulan lain 
yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda 
Rasullullah s.a.w.yang bermaksud : " Ziarahilah saudara 
mara kamu dari
masa ke masa kerana ia boleh menambahkan 
kasih sayang."  Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita, 
hendaklah dilakukan lebih kerap dan janganlah menunggu 
Hari Raya sahaja.
7.   Janganlah
pula kita asyik berhari raya sepanjang bulan 
Syawal sehinggakan kita terlupa
untuk menunaikan ibadah 
sunat berpuasa 6 hari di dalam bulan Syawal  kerana besar 
fadhilatnya sepertimana hadis
dari Nabi Muhammad SAW 
yang bermaksud “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , 
kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah 
seperti berpuasa
setahun.”(Hadis riwayat Muslim).
Sumber: di sini
Diharap sambutan Hari Raya
Eidul Fitri kita itu tidak 
melampaui batas dan janganlah pula kerana alasan nak 
menyambut Hari Raya , kita mengenepikan soal hukum 
hakam. Janganlah dijadikan
Syawal itu merosakkan segala 
pahala yang telah dikumpul sepanjang bulan
Ramadhan. 
Wallahu'alam....


.jpg)






ringkas dan menarik perkongsian. saya mohon share ya. jazakallah..
ReplyDelete