Sunday, June 23, 2013

Hari Pendaftaran di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)

Assalam…Hari Ahad lepas 16/6, kami pergi ke Sabak 
Bernam sebab nak cari Politeknik tempat kak Diba 
sambung belajar. Lapur diri pagi Isnin 17/6, oleh 
kerana kami tak pernah sampai ke Politeknik ni, 
bimbang juga kalau tersesat jika pergi pada hari lapur 
diri tu. Jadi kami ambil keputusan untuk datang sehari 
awal dan cari kawasan tu.
 





Kami booking bilik di D’Muara Marine Park Resort, 

untuk memudahkan pergi awal pada hari pendaftaran.
Lepas check in dan solat Zohor, rehat-rehat sambil 
tunggu Solat Asar, lepas solat Asar kami keluar untuk
cari Politeknik Sultan Idris Shah di Sg. Air Tawar. 
Rupa-rupanya 30 km jauhnya dari jalan utama Sabak 
Bernam -Teluk Intan. Jalannya tak sibuk, tapi dah ada 

homestay di kawasan tersebut. Besar sungguh kawasan 
Politeknik tu, tapi kami sampai dekat depan pintu pagar 
aje, lepas tu kami patah balik…nak tau kawasan tu saje.



Pagi esoknya hari Isnin, kami sarapan dulu, lepas sarapan
baru ke Politeknik. Sampai aje di Politeknik, dah ramai
(terlampau ramai) keluarga dan pelajar yang sampai
untuk lapor diri. Taklimat pelajar dah pun mula walaupun
belum 8.30 pagi. Kami berdiri sekejap aje, lepas tu pelajar
pelajar di arah masuk ke dewan untuk urusan 
pendaftaran.Ingat bolehlah snap gambar budak-budak 
tu, tapi ramai lak mak bapak depan pintu dewan tu, 
dari jarak jauh ajelah ambil gambar, nasib kamera yang 
di bawa boleh zoom. Itupun asyik kena blok dengan 
kepala satu perempuan tu.  



Urusan pendaftaran tak lama, belum kul 10.00 pagi
dah selesai, dapat kunci bilik terus ke blok asrama
pelajar perempuan. Masuk bilik dah ada pelajar yang
dah siap berkemas katil dan almarinya. Satu bilik ada
empat katil, tapi hanya 3 orang je ditempatkan disitu.
Pukul 11.40 pagi kami balik, sementara kak Diba dah
jumpa kawan yang satu sekolah teknik dulu. Dia orang
melepak tepi tasik, sebelum makan tengahari didewan.
Petang pulak sesi suaikenal sudah bermula sehingga
hari Jumaat.



7 comments:

  1. salam. akak sem 1 semua pelajar kena duduk asrama kan?..hari daftar kene pakai baju apa sepatutnya? mohon dibalas kak...
    nuraqila_2@hotmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan dah diberi melalui email...terima kasih sebab bertanya...

      Delete
  2. salam sis nak tanya suasana kat sana macam mana ye..?? jauh tak dari poli nak ke bandar..?? pakaian masa nak daftar nanti pulak macam mana ye..?? mohon sis balas ye..terima kasih

    ReplyDelete
  3. Waalaikummussalam..Nurul..jauh dari bandar..dari jln besar Sabak Bernam - Teluk Intan dari simpang masuk tu ke Kolej 30km... kalau ikut peraturan dulu..baju kurung putih, kain hitam dan tudung hitam utk student ppuan dan utk student lelaki baju kemeja putih, seluar hitam kasut hitam...maaflah lmbt balas..sebab dh lama tak jenguk blog...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak, saya nak tanya cara pemakaian ke kuliah cmne? bebas ke? saya kos kejuruteraan awam tapi xtau cara pemakaian ke kuliah.. lagi satu, berapa orang dalam satu bilik asrama? mohon balas ye akak :) terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..Cappucino Gurl.. pelajar-pelajar kos lain hanya dibenarkan memakai baju kurung ke kuliah, tapi pelajar KE dan KA (Kej.Elektrik dan Kej.Awam) di benarkan memakai T Shirt dan Seluar ( terpulang mengikut pensyarah) bilik asrama pulak ada 2 org satu bilik ada 3 atau 4 org satu bilik...

      Delete
  5. Assalamualaikum. Akak saya nak tanye, bnyk ke belajar fizik, kimia, math and addmath dalam kejuruteraan alam sekitar?. Sye kurang sikit dlam subject2 tu. Klau akak tahu dalam kos tu. Dan berape agak2nye yurannye? Mohan di blas. Terima Kasih

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails