dah lama nak makan benda ni, asyik dok tanya
"Bila nenek Singapore nak buat tempe goreng,
orang dah lama tak makan?..." kata Si Ira Nasuha.
Masa saya bekerja dulu, bibik Singapore ni yang
uruskan rumah dan jaga anak-anak saya. Jadi tempe
goreng bercili ini menjadi kudapan oleh anak-anak
semasa menonton tv, dan saya ibunya tumpang dua
kaki...hik..hik..hik!!! Kebetulan bila bibik ni datang
Malaysia selepas duduk bercuti di Australia selama
2 bulan, dia datang kenduri kahwin di Malaysia dan
kami ajak tidur dirumah. Saya pun ambil peluang
belajar, dulu tak 'dan' nak belajar, balik kerja malam,
tau-tau dah ada kudapan [sebenarnya lauk makan]
atas meja.
Tempe
Rangup Goreng Bercili - Amy
Bahan
- bahan:
3
paket tempe – hiris nipis-nipis
1
cawan ikan bilis – cuci dan toskan
3
sudu besar cili kering kisar
1
biji bawang besar
3
ulas bawang putih
1
sudu besar cuka
7
sudu besar gula
Garam
secukup rasa
Minyak
untuk menggoreng
Cara:
1.. Panaskan minyak masukkan tempe,
1.. Panaskan minyak masukkan tempe,
Goreng sehingga rangup/garing. Angkat
dan ketepikan.
2. Goreng pula ikan bilis sehingga garing.
2. Goreng pula ikan bilis sehingga garing.
Ketepikan juga setelah diangkat.
3. Bawang besar dan bawang putih kisar.
4. Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar, tumis sehingga garing
3. Bawang besar dan bawang putih kisar.
4. Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar, tumis sehingga garing
Dengan api perlahan.
6. Masukkan
sedikit cuka, garam dan gula.
7. Masak
sehingga garing dan kering. TUTUP API.
8. Masukkan
tempe dan ikan bilis yang telah
digoreng garing. Gaul rata supaya cili
meliputi Kesemua bahan.
9. Biarkan
sejuk dahulu, baru masukkan
dalam balang atau bekas kedap udara.
10.Sedap dimakan bersama nasi atau dimakan
begitu sahaja
sambil menonton tv.
Nota* Kalau ikan bilis banyak, garam sedikit saja
untuk mengelak rasa masin.
Nota* Kalau ikan bilis banyak, garam sedikit saja
untuk mengelak rasa masin.
alaaa sedap nyer!
ReplyDeleteAlaaa..memang sedap yang...tau-tau aje dah habis...tapi tempe mesti dogoreng garing-garing...kesian mak buyung...!!!!!
Deletewah nampak sedap aaa..nanti nak cuba
ReplyDeleteMemang sedap...!!!!yumehhh...cubalah..dan terima kasih jenguk blog ni.
ReplyDelete