Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. " Surah Al-Baqarah: 216)"
Monday, December 21, 2009
ACAR MENTAH/JELATAH
Acar ni adalah lauk sampingan jika buat nasi jagung, nasi minyak, nasi pandan kismis @ apa saja nasi yang sewaktu dengannya. Selain dari acar ni, acar buah jadi kegemaran dan juga acar rampai. Untuk waktu ni, acar mentah @ jelatahlah dulu ....acar yang lain akan menyusul.....
ACAR MENTAH/JELATAH - Amy.
Bahan-bahannya:-
1 biji lobak merah
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
1 biji cili hijau
Gula
Garam
Cuka @ air limau nipis
Cara:-
Lobak merah dan timun dipotong nipis dan memanjang, seakan-akan panjang batang mancis.
Manakala nenas dibuang empulur dan bawang potong bulat-bulat.
Cili merah dan cili hijau di hiris nipis.
Sediakan air garam rendam timun dan lobak semasa menghiris.
Setelah semua dipotong dan dihiris, gaul dalam satu bekas, campur gula, garam dan sedikit cuka secukup rasa. Cuka boleh ganti dengan air limau nipis.
Simpan 2 @ 3 jam sebelum dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment