PUDING BUAH LAPIS KEK - Amy.
Bahan-bahannya:-
Beberapa potong kepingan kek - cukup untuk satu bekas
1 paket agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula - (kemanisan ikut citarasa )
2 sudu besar tepung kastard - bancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan
1 tin buah-buahan campur*
Sirap dari tin buah-buahan,asingkan dari buahnya.*
Secubit garam
Cara membuatnya:-
1. Susun potongan kek kedalam bekas.
2. Rebus agar-agar bersama daun pandan sehingga agar-agar
hancur.
3. Kemudian masukkan gula, secubit garam dan masak sehingga
gula larut.
4. Bila dah mendidih, keluarkan daun pandan dan ambil 1/2 dari
rebusan agar-agar.
5. Tuang 1/2 rebusan agar-agar tadi kedalam bekas berisi potongan
kek.Goyang sedikit, supaya agar-agar kosong tadi memenuhi
potongan kek.
6. Sementara 1/2 rebusan agar-agar dalam periuk tadi, dicampur
dengan tepung kastard yang telah dibancuh.Kacau supaya rata
dan tidak bergentel.Bila mendidih, tutup api dan ambil bancuhan
kastard yang dimasak tadi, tuang ke atas bekas berisi kek.
7. Lapisan kastard akan memenuhi lapisan agar-agar dan kek.
8. Tuang sirap buah-buahan ke atas lapisan agar-agar.
Tabur buah-buahan dalam tin, hias memenuhi bekas, sejukkan
kemudian bolehlah dihidang.
SALAM! KEK PUDING BUAH TU
ReplyDeleteNAMPAK SEDAP. BILA BUAT BIRTHDAY PARTY
ANAK, JANGAN LUPA JEMPUT KAMI! BOLEH RASA
KEK PUDING BUAH...HUHUHU!!!