Thursday, December 24, 2009

Puding Buah Lapis Kek


Kalau ada kek yang tak habis makan tu..sbb selalunya kalau kek kosong. kek oren, kek vanila @ kek marble, sedap bila dimakan panas suam-suam, bila dah sejuk kurennnnnnng........ rasa nak makan.Jadi pada membazir eloklah dibuatkan puding.

PUDING BUAH LAPIS KEK - Amy.


Bahan-bahannya:-
Beberapa potong kepingan kek - cukup untuk satu bekas
1 paket agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula - (kemanisan ikut citarasa )
2 sudu besar tepung kastard - bancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan
1 tin buah-buahan campur*
Sirap dari tin buah-buahan,asingkan dari buahnya.*
Secubit garam


Cara membuatnya:-
1. Susun potongan kek kedalam bekas.
2. Rebus agar-agar bersama daun pandan sehingga agar-agar 
    hancur.
3. Kemudian masukkan gula, secubit garam dan masak sehingga 
    gula larut.
4. Bila dah mendidih, keluarkan daun pandan dan ambil 1/2 dari
    rebusan agar-agar.

5. Tuang 1/2 rebusan agar-agar tadi kedalam bekas berisi potongan 
    kek.Goyang sedikit, supaya agar-agar kosong tadi memenuhi 
    potongan kek.
6. Sementara  1/2 rebusan agar-agar dalam periuk tadi, dicampur 
    dengan tepung kastard yang telah dibancuh.Kacau supaya rata 
    dan tidak bergentel.Bila mendidih, tutup api dan ambil bancuhan
    kastard yang dimasak tadi, tuang  ke atas bekas berisi kek.
7. Lapisan kastard akan memenuhi lapisan agar-agar dan kek.
8. Tuang sirap buah-buahan ke atas lapisan agar-agar.
    Tabur buah-buahan dalam tin, hias memenuhi bekas, sejukkan 
    kemudian bolehlah dihidang.

Wednesday, December 23, 2009

KEK OREN


Kek ni..kegemaran anak yang kedua....
KEK OREN - Amy.

Bahan-bahannya:-
250 gm mentega
1 cawan gula
5 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh oren sunquick
2 sudu besar parutan kulit oren sunkist
4 sudu besar susu segar/cair

Cara membuatnya:-
1. Pukul butter dengan gula sampai putih dan kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul telur hingga sebati.
3. Masukkan oren sunquick dan parutan kulit limau Sunkist.
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar/cair.
5. Panaskan oven terlebih dahulu 10-15 minit.
6. Bakar selama 45 – 50 minit 180 C.

* Kek ni masa suam-suam, tersangatlah enak

Tuesday, December 22, 2009

Agar-agar Santan Berlaici...

AGAR-AGAR SANTAN BERLAICI - (KOLEKSI BUKU RESEPI AMY TAHUN 80AN)


Bahan:-
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 paket agar-agar
2/3 cawan susu cair
1 ¼ cawan gula
½ sudu kecil esen vanila
¼ sudu kecil garam
sedikit pewarna merah
3 helai daun pandan


Cara:-


1. Rebus agar-agar, masukkan daun pandan, sesudah hancur 
    agar-agar, masukkan gula, kemudian daun pandan dikeluarkan 
    dan ditapis.
2. Adunan masuk semula dalam periuk, masukan pati santan, 
    susu, esen vanila dan garam.
3. Ambil sebahagian dari agar-agar dan warnakan dengan
    pewarna merah. Sebahagian putih biar didalam periuk diatas api. 4. Bubuh adunan pewarna merah dalam bekas.
5. Bila agar-agar warna merah agak keras, cakar atasnya dengan 
    garpu dan curahkan dengan adunan putih yang masih panas.
    Ataupun adunan putih , bubuh dalam bekas, dan adunan merah 
    yang telah beku diceduk dengan sudu @ potong dadu dan 
    dibubuh ke dalam adunan putih.
6. Bila telah beku adunan agar-agar tadi, potong guna pisau agar-
    agar , hias bersama dengan buah laici atau buah kesukaan 
    mengikut citarasa.

Monday, December 21, 2009

ACAR BUAH TAHUN

Saya tak tahu kenapa dipanggil acar buah tahun....tapi itu yang tertulis dalam buku resepi Puan Halimah Shuib - Masakan Tradisi Johor. Acar ni saya masak pada hari raya puasa tahun ni.
ACAR BUAH TAHUN - Amy - Resepi PuaH Halimah Shuib.


Bahan-bahannya:-
100 gm buah ceri
100 gm buah pala
100 gm buah prune
100 gm jeruk limau
100 gm buah cermai (saya tak letak)
100 gm isi buah kana
250 gm buah pala halus (saya tak letak)
15 tangkai cili api
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 cm halia (dihiris)
3 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan cuka
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar rempah kari ikan
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak


Cara:-
Panaskan minyak tumis rempah kari ikan dan cili api.
Masukkan serbuk cili, cuka, air, garam, gula, bawang merah, bawang putih, halia dan buah-buahan.
Kacau dan tunggu hingga aromanya naik barulah ditutup api .
Hidangan untuk 10 orang.

ACAR MENTAH/JELATAH


Acar ni adalah lauk sampingan jika buat nasi jagung, nasi minyak, nasi pandan kismis @ apa saja nasi yang sewaktu dengannya. Selain dari acar ni, acar buah jadi kegemaran dan juga acar rampai. Untuk waktu ni, acar mentah @ jelatahlah dulu ....acar yang lain akan menyusul.....

ACAR MENTAH/JELATAH - Amy.


Bahan-bahannya:-
1 biji lobak merah
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
1 biji cili hijau
Gula
Garam
Cuka @ air limau nipis


Cara:-
Lobak merah dan timun dipotong nipis dan memanjang, seakan-akan panjang batang mancis.
Manakala nenas dibuang empulur dan bawang potong bulat-bulat.
Cili merah dan cili hijau di hiris nipis.
Sediakan air garam rendam timun dan lobak semasa menghiris.
Setelah semua dipotong dan dihiris, gaul dalam satu bekas, campur gula, garam dan sedikit  cuka secukup rasa. Cuka boleh ganti dengan air limau nipis.
Simpan 2 @ 3 jam sebelum dihidangkan.

Rendang Paru - Rendang Kegemaran...

Rendang ni jadi kegemaran saya, tak kiralah hari biasa atau hari raya.Masakan ni selalu dimasak oleh kakak ipar, tapi semenjak suaminya meninggal (arwah abang) dia jarang masak rendang ni lagi. Sekarang memang payahlah lagi nak merasa, sebab dia dah ambil keputusan balik ke kampungnya di Johol N.Sembilan.
Kakak ipar masak  rendang ni  - paru dicampur dengan daging, tapi saya lebih suka paru sahaja, jadi saya masak rendang ni ikut cara saya .

RENDANG PARU - Amy.


Bahan-bahannya:-
1 kilogram paru - rebus dan potong nipis- nipis
4 biji kelapa, di buat santan (beli ready made-senang je)
150 gram cili kering giling /blend - (beli je kalau malas nak mesin)


Bahan untuk dimesin halus:-
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai
garam secukupnya


Bahan untuk dihiris halus:-
2 helai daun kunyit
6 helai daun limau purut


Bahan untuk di goreng tanpa minyak:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih


Cara Membuat:


Rebus paru (agar mudah di potong) dan potong nipis (lebih tebal dari dendeng)
Bahan - bahan ramuan dimesin halus.
Goreng tanpa minyak rempah 3 sekawan - mesin halus dan ketepikan.
Didihkan santan, bahan ramuan, daun yang dihiris halus, dan masukan paru yang telah direbus dan dihiris.
Gaulkan sebati dan biarkan paru sampai setengah matang. Setelah itu angkat paru yang setengah matang tadi, ketepikan.
Masak santan dan ramuan tadi semula sampai ramuan mengeluarkan minyak.
Ambil minyaknya dan tinggalkan ramuannya sahaja.
Lebihan ramuan tadi masak sampai bewarna coklat tua dan kering (kacau selalu jangan sampai hangit)
Sementara itu goreng paru yang setengah matang tadi dengan minyak yang diambil dari ramuan tadi.
Goreng sampai masak.
Bersama-sama minyaknya tadi, masukan paru ke dalam ramuan yang sudah kering, campurkan rempah dikisar halus tadi (rempah tiga sekawan) dan gaulkan, kacau sebentar.
Angkat dan sajikan.

KEK CHOCOLATE MOIST


Kek yang dihias simple sangat...

KEK CHOCOLATE MOIST - Amy.

Bahan-bahannya:-
250 gm mentega
4 biji telur
1 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan air ais*}
1 sudu teh Choclate paste*} campur

Hiasan salutan coklat:-
250 gm coklat masakan
150 gm coklat urai
1 sudu teh mentega

Cara membuatnya:-
1. Pukul butter dengan gula sampai putih dan kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul telur
1 minit satu biji hingga sebati.
3. Campurkan bahan bancuhan air ais dengan choclate paste.
4. Masukkan tepung , dan gaul rata.
5. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah dilenser
dengan mentega ditabur dengan sedikit tepung.
6. Panaskan oven 10-15 minit terlebih dahulu.
7. Bakar selama 45-50 minit 180 C.
(Bancuhan ini boleh juga dikukus).
8. Sejukkan kek sebelum dihias.
9. Sediakan salutan coklat.
Masukkan coklat masakan didalam bekas yang
diletakkan periuk berisi air mendidih.(Double boiler).
10.Setelah coklat cair, matikan api dan bubuh mentega,
gaul sebati.
11.Curahkan adunan coklat ke atas kek,
ratakan diseluruh permukaan kek. Sejukkan sekejap.
12.Tabur coklat urai.

* Untuk pastikan kek masak, cucuk kek dengan 'cake tester' @ lidi sate.
Mentega dicampur dalam bancuhan coklat masakan supaya nampak berkilat.


Sunday, December 20, 2009

KEK STRAWBERRY


Kek ni dibuat sebab nak menghabiskan stok bahan-bahan yang ada.
KEK STRAWBERRY - Amy

Bahan-bahannya:-
250 gm mentega
1 cawan gula
4 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1cawan air ais *}
1 sudu teh perasa strawberry *} campur

CARA MEMBUATNYA :
1. Pukul mentega dengan gula sampai putih dan kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul telur 1 minit satu biji hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang dicampur baking powder dan telah diayak bersama.
4. Campurkan bahan bancuhan air ais dengan strawberry paste.
5. Panaskan oven terlebih dahulu 10-15 minit.
6. Bakar selama 45 – 50 minit 180 C. (Bancuhan ini boleh juga dikukus).



Kek ni terlalu la gebu.....gambar x cantik sbb guna kamera hp.

Saturday, December 19, 2009

KEK SANDWICH



Buat kek ni masa Hari Raya Haji dulu....Resepi dari buku koleksi zaman anak dara, masih sekolah-dapat resepi dari isteri MB Selangor (zaman tu la - Datin Zabedah (dah arwah dah MB tu..)Apa khabar agaknya Datin sekarang? Dah lama tak dengar berita, kali akhir pergi berziarah, masa Hari Raya, itupun masa tu saya dah kahwin dan dah ada anak seorang.Sekarang nak berziarah naik segan lak pulak..Resepi asal yang diberi setengah dari adunan, untuk satu lapisan kek. Resepi yang disertakan disini digandakan untuk jadi sebiji kek (dua lapisan).  
KEK SANDWICH -Amy

Bahan-bahannya:-
3 cawan tepung
1 1/2 cawan mentega
1 cawan gula halus
6 biji telur
4 sudu besar golden syrup
1 sudu teh baking powder

Hiasan:-
Gula icing @ gula halus
Inti:-
Jem Strawberry @ apa-apa perasa

Cara membuatnya:-
Pukul gula dengan mentega hingga putih dan kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul rata setiap satu - 1 minit.
Baking powder dicampur bersama tepung.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan kaup balik adunan hingga rata.
Masukkan golden syrup,gaul lagi.
Adunan dibahagi kepada dua bahagian untuk dua loyang.(Saya buat satu loyang, bila masak saya potong kepada dua bahagian).
Tuang adunan kedalam loyang yang telah disapu majerin dan ditabur sedikit tepung.
Panaskan ketuhar terlebih dahulu dan bakar selama 40  45 minit atau hingga masak pada suhu 160 C.
Keluarkan kek dan sejukkan.
Terbalikkan kedua-dua keping kek, sapu jem dan lapiskan seperti sandwich.
Tabur gula icing - serbuk salji (jika suka) untuk hiasan.



KEK PELANGI



Buat kek orang dulu-dulu......dapat resepi dari siapa tak ingat dah lama sangat....kepada yang empunya resepi mintak halal dunia akhirat...
KEK PELANGI - Amy

Bahan-bahan:-
250gm mentega
1 cawan gula kastor
4 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri - diayak
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu pekat
pewarna merah (perisa ros)
pewarna hijau perisa pandan)

Cara memasak:-
Pukul mentega dan gula hingga putih, iaitu sehingga kembang dan ringan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata setiap kali telur ditambah dan bubuh esen vanila.
Masukkan tepung berselang seli dengan susu.
Setelah sebati bahagikan adunan kepada tiga bahagian mengikut warna pilihan,warna asal,merah & hijau.
Tambahkan pewarna kepada setiap adunan dan kacau rata-rata.
Sapukan loyang pembakar dengan sedikit mentega. Taburkan tepung gandum sedikit.
Masukkan adunan tadi berselang-seli ke dalam loyang pembakar sehingga habis.
Panaskan oven selama 10 minit dan bakar pada suhu 175C selama 45-50 minit lebih kurang.
Biarkan kek sejuk dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Lebih elok guna loyang ada pengunci senang untuk keluarkan kek.

 

Rumah Hujung Minggu

BILIK SOLAT
BILIK TIDUR


RUANG TAMU
BALKONI RUANG DAPUR





RUANG MAKAN





KAUNTER SARAPAN


RUANG TAMU




LALUAN KERUANG TAMU DAN RUANG MAKAN


LALUAN PINTU MASUK











Apartment ni dibeli kerana ada kolam renang,asalnya nak diduduki(nak suasana baru,persekitaran baru...konon!!!!!tanya suami, nak sewakan @ nak duduk?..Beliau jawap nak duduklah...renovatelah bagai nak rak...beli perabot segala macam..aleh-aleh, tak duduk, sebab sayang pulak rumah yang duduk sekarang (sebab rumah yang didiami rumah sebuah,  pinjamannya pun dah habis bayar)...nak sewakan apartment ni pulak perabot dah penuh...dah renovate takut rosak...nak tak nak jadikan rumah hujung minggu lak pulak...(orang kata:tak de beban cari beban!!!)ramai yang tanya tak nak jual ke?.. Sayanglah....jawapan diberi.

Bila fikir-fikir balik menyesal juga tapi rumah kan boleh jadi aset, dan anak-anak semakin dewasa,tak apalah.........Alhamdullillah atas kemurahan rezeki yang Allah berikan,mudah-mudahan Allah panjangkan umur, diberikan kesihatan yang sempurna InsyaAllah, rumah ni akan diberi kepada salah seorang dari anak-anak, kalau dia orang naklah nanti...kalau tidak, suatu waktu nanti kena jual lak juga....

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails