Tuesday, July 17, 2012

Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara



Tak lama lagi Insya Allah…. (3 hari sahaja lagi)
kita akan masuk ke bulan Ramadhan…….
Selalu kalau dengar tazkirah…ustaz akan sebut
“Berdoalah mudah-mudahan Allah panjangkan
umur supaya kita bertemu lagi dengan Ramadhan
yang akan datang. Beramallah dengan sesungguhnya
bimbang jika ini Ramadhan terakhir kita.”
Waktu berbual dengan anak, saya teringat dengan
5 perkara ini, malahan waktu bekerja dulupun Ex 
Pengarah pun ada sebut 5 perkara ini bila beliau
menghadapi beban tugas yang amat berat di tempat 
kerja yang baru:-


Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara: 
1. sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati


Penjelasan:
1. Sihat sebelum sakit - lakukan sesuatu yang berfaedah
   dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan 
   orang-orang di sekeliling anda semasa anda 
   masih sihat.


2. Muda sebelum tua - Waktu anda muda inilah saatnya
   anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak 
   lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak 
   bila anda tua anda tidak lagi memikirkan duniawi.



3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta
   itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah
   daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan
   jadi bekalan anda menghadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada
   kelapangan inilah waktu yang paling sesuai
   mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup
   semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila
   anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah
   dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.
sumber : ohislam.com

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya
manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka
yang beriman dan beramal soleh. Mereka
berpusu-pusu dengan kebenaran dan
berpusu-pusu dengan kesabaran.”
(Surah al-Asr, ayat 1-3)


No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails