Assalam...dah berzaman tak buat bingka ubi..teringin
sangat nak makan...sebab dah lama tak buat ..dah tak
ingat resepi...cuma ingat kalau buat bubuh majerin...
bingka warna kuning sebab tak guna gula merah..
Jumpa resepi di blog Kak An Periuk Tanah.. guna
resepi beliau cuma tukar guna gula putih, tambah
majerin, pewarna kuning tapi tak guna telur.
Bingka Ubi Kayu - Amy
Resepi asal : Periuktanah
Bahan-bahannya:
4 cawan ubi kayu parut.
1 cawan gula.
2 cawan santan pekat.
1/2 tsp garam.
3 sudu besar majerin/butter
Sedikit pewarna kuning.
Cara-caranya:
1. Satukan
semua bahan-bahan diatas kedalam
mangkuk.
2. Gaul hingga sebati.
3. Tuangkan kedalam loyang yang telah dilenser
minyak.
4. Bakar hingga masak atau hingga berkerak
dibahagian atas bingka.
5. Biarkan bingka betul-betul sejuk baru di
potong.
No comments:
Post a Comment