Amalan
Harian : 15 Sunnah Rasulullah SAW....
Berikut merupakan antara amalan harian
yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia
menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini
mampu menjadikan
seseorang itu mencintai baginda dan
boleh membawa seseorang itu cenderung ke
arah ‘soleh
wa musleh’.
.
1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist
Radliyallahu’anhu menuturkan,
yang artinya, “Tidak pernah aku melihat
seseorang yang
lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu
‘alaihi
wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.
2. Dahulukan
Kanan
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam
segala hal
(perbuatan) seperti memakai terompah,
bersikat, berwuduk dan mandi.“(Hadis
riwayat Muslim)
.
3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian
yang paling
disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah
pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak
dengan menggunakan batu
celak (Al-Itsmid)kerana celak
dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan
bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
5. Memakai
Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat
Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan
Ibnu Hibban.)
.
6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a.meriwayatkan:“Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda.
Selepas makan
Baginda menjilati ketiga-tiganya.”
(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
7. Minum
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika
Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik
nafas
(menghela) dua kali.”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.
8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah
kamu tentang
sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan
ataupun keburukan?
Sesuatu yang paling cepat
mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang
yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali
silaturahmi, sedangkan yang paling
cepat mendatangkan
keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat
dan
yang memutuskan persaudaraan.”
(Riwayat Ibnu Majah).
.
9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila
Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak
seperti sedang menuruni tanah yang landai.”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a.meriwayatkan:“Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali
supaya lebih
difahami (oleh pendengarnya).”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a.
meriwayatkan: “Tawa Nabi
Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah
senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.
12. Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa
baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda
berkata
kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu
Umair, apa yang sedang dilakukan
oleh burung ughair?’”
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan
Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap
kali hendak tidur
pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam
selalu
menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca
Surah al-Ikhlas, al-Falaq
dan an-Nas kemudian Baginda
meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah
itu,
Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau,
dimulai dari kepala, wajah
lalu bahagian depan tubuh
Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga
kali.”
(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan
Ahmad)
.
14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada
Ummu Salamah
tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
membaca
al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu‘alaihi wasalam membaca Al-Quran
dengan sangat jelas kalimah demi kalimah.
(Riwayat Tarmizi, Bukhari,
Abu Daud dan Nasa’i)
.
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua
kaki Baginda bengkak.
Beliau bertanya,“Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui
bahawa
Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu
dan akan datang?”
Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam
menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba
yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah).
Sumber: shafiqolbu.wordpress.com
7 Sunnah Rasulullah dalam beribadah :
Sama-samalah kita cuba memperbaiki diri dan amalan,
sebagaimana kasih dan sayangnya Nabi kepada kita
umatnya. Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435..
No comments:
Post a Comment