Tuesday, May 1, 2012

1 Mei...Hari yang diraikan....


Hari ni..seluruh Malaysia bercuti..sempena Hari Pekerja..
Bagi keluarga saya..hari ni pula adalah hari lahir anak bongsu saya..Athirah Nasuha….bayangkanlah bersalin masa hari cuti…doktor bersalin di Kg.Baru Medical Centre…(sekarang dah tukar nama lain)…bersebelahan Masjid Kg.Baru..masih dirumah lagi…nurse telefon on the way…anak lahir doktor tak sampai lagi..nurse yang sambut…

Tak ada buat jamuan, sejak dah masuk sekolah..sekarang dah darjah 4, tak pernah dah buat majlis, kalau raikan kami anak beranak je...Ira nak jalan-jalan , makan- makan di SOGO, masuk aje..ke kawasan letak kereta…hujan turun dengan lebat…lepas makan-makan…kami balik…  

Bagi kad ucapan dan coklat je..tapi selalunya kami akan bawa jalan-jalan,...masa cuti sekolahlah..dan tak lama lagi ...hujung bulan ni cuti sekolah bermula...mudah- mudahan semua nya berjalan lancar mengikut perancangan...Insya Allah.... 


No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails