Tuesday, May 1, 2012

Hari Pekerja.....Bekerjalah kerana Allah......

 1 Mei setiap tahun adalah Hari Pekerja….kalau kat ofis dulu..member-member berebut hantar nama nak pergi  ke sambutan Hari Pekerja sebab pejabat  sediakan T- Shirt percuma…muahahaha….samalah juga untuk sambutan Maulidur Rasul…berebut hantar nama sebab nak baju Melayu dan baju Kurung FREE!!!!!Aduhhhai….


Yang hairan orang yang sama jugak yang dapat pergi…..Itu cerita pasal pergi sebab baju Free….(saya memang tak pernah pergi sebab tak pernah hantar nama walaupun sekali…wakakaka…)

Tapi hasil dari sambutan tu…adakah merubah cara bekerja ?, cara pemikiran ?….Entahlah…rasa macam sama saja…sambutlah bagai nak rak…kalau dah malas tu, malas lah jugak… kalau suka mengulor…mengulor lak jugak….tiba waktu balik….balik tak bertangguh-tangguh…walaupun kerja bertimbun-timbun….bila Khidmat Cemerlang, nama naik…walaupun kerja tak cemerlang…janji Boss  sayang dan naikkan nama dalam list penerima…..gerenti lepas laa punya der…..

Saya pernah bekerja di Pentadbiran bangunan lain, contohnya Blok B, bertugas untuk Bahagian yang membabitkan Teknikal (Jurutera  dan Arkitek)…yang peliknya, bila buat Laporan Prestasi… orang Pentadbiran Bangunan lain (Blok F )yang menilai kerja kita…padahal batang hidung mereka pun kita tak jumpa….jangankan hari-hari, sebulan sekali pun belum tentu….bila akhir tahun mereka yang buat Laporan…kan hairan bin pelik tu…

Sampai satu ketika…saya tanya pada salah seorang Pegawai yang membuat Laporan Penilaian….you all buat laporan penilaian berdasarkan  apa? Dia jawab prestasi…laa…
Prestasi yang di nilai hasil dari siapa punya lapuran? ..sebab you all bukan satu bangunan dan bukan bekerja setempat dengan kami setiap hari?. Ohh..kami dapat , lapuran dari pegawai kat sana jugaklah… Lepas tu saya kata…seingat saya, tak pernah Arkitek atau Jurutera kat sini….buat Laporan Prsetasi bagi pihak kami…sebab dia orang kata..kami bukan orang teknikal….!!!!

Bila saya cakap macam tu…macam-macam alasan diberi…sampai saya kata…Agaknya selama ni yang buat report  tu…pagar, tembok atau radio karat…Macamana anda nak menilai orang kat sini bekerja, sedangkan anda tidak pernah berada di depan mata kami, lain bangunan pulak tu… !!! Anda menilai orang yang jauh dari penglihatan anda   semua….Setakat dengar cakap – cakap orang…itu bukan Laporan Prestasi…!!!! Kalau macam ni lah lagi, saya nak buat Laporan bertulis pada JPA…. 

Dan-dan gabra pegawai tu….dah lah buat Laporan ikut sukahati…tak pernah tengok kami bekerja…tunjuk Laporan pun tak pernah!!!...Kan dalam borang tu ada tertulis…
“Pegawai yang di nilai sudah diberitahu …YA…@ TIDAK”…mesti you all tanda kat kotak YA...kan? Bila you all tanda kat kotak YA…maknanya anda sebagai Pegawai Penilai sudah menipu….tipu kat dunia bolehlah..kat akhirat nanti sanggup nak jawab ke?..

Orang lain boleh di tipu…tapi bukan saya..!!! You all lupa kot…saya ni asal dari JPA…!!! Jabatan pertama saya lapur diri… waktu kat JPA saya yang jaga Borang Penilaian ni dari Kumpulan Jusa, A hinggalah ke bawah…kalau ada kakitangan buat report..boss mereka tak tunjuk Laporan tu pada mereka…walaupun borang tu dah di SEAL…saya kena bagi kakitangan tu tengok lapuran Boss mereka….kalau mereka tak setuju ..mereka boleh menyatakan ketidakpuasan hati mereka pada boss mereka..pasal apa diberikan markah yang tidak sepatutnya…

Sejak tu…Laporan Prestasi kami di nilai oleh Arkitek/ Jurutera  tempat kami bertugas….kalau bagus tak bagus kerja kami, biar orang yang membuat lapuran itu melihat dengan mata sendiri , bukan dari DENGAR CAKAP- CAKAP orang……supaya adil….walaupun bukan 100 %.

Nama pun adil manusia…Walau tak dapat khidmat cemerlang sekalipun….Biarlah kerja kita itu niat KERANA ALLAH … kerana ALLAH YANG MAHA ADIL…jangan kerja kerana habuan dari manusia…nak hidup senang lenang…rumah besar, kereta besar, nak cepat naik pangkat…dah ada pangkat besar pun.. nak aniaya orang lain lagi…macam tak cukup-cukup …Astagfirrullah .....!!!!!

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails