Friday, May 18, 2012

Mutiara Kata Yang Indah 2


 “Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
  tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN
  juga indah di mata orang.”


  “Orang baik jarang mengaku jahat, 
  tapi orang jahat seronok mengaku baik.”


  “Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”


  “Berubah itu mungkin mudah, 
  tapi kekal dengan perubahan yang dibuat
  itu mungkin payah.”


  "Lebih baik memandai-mandai 
  daripada langsung tak pandai.”


  “Air mata untuk kekasih,
   untuk sedih dan untuk rasa pedih, 
  tentu lebih berharga air mata 
  tatkala gembira, berjaya dan ternama.”


  “Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah,
  lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.
  Lantaran adanya lelaki dan wanita
  terkadang sempurnalah suatu kelemahan
  di sebalik suatu kekuatan”.


  “Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”


  “Kerana ada cinta orang boleh berjuang 
  mempertahankan cintanya, 
  tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban
  untuk mempamerkan kebodohannya.”


  “Berkahwinlah kamu tatkala kamu 
  benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, 
  isteri, ibu, ayah.”


  “Soal bahagia letaknya di hati, 
  justeru jadikan hati cetusan senyum.”


  “Kalau boleh ketawa senyumlah juga 
  sebab ketawa bercampur senyum
  itu memang bahagia.”


  “Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”


  “Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan
  adalah doa yang panjang dan berterusan
  yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”


  “Orang baik terpancar melalui perbuatannya; 
  orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”


  “Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. 
  Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan handsome 
  saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”


  “Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”


  "Usah terlalu hairan melihat pelangi
  tapi terlebih hairanlah melihat 
  bagaimana kamu berdiri.”



  “Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, 
  kadang-kadang untung menanti di hujung.”


  “Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, 
  jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”


  “Biar papa asal bergaya, kalau dah papa 
  macam mana nak bergaya.”


  “Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”


  “Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”


  “Sama menolong sama beruntung.”


  “Kaya di mata orang
   belum tentu kaya di mata sendiri.”


  “Kaya itu bukan sahaja kerana wang, 
  boleh jadi kaya hutang, kaya anak, 
  kaya musuh atau kaya perasaan.”


  “Biar tak kaya harta tapi kaya budi, 
  biar hanya kata-kata,
  kadang-kadang itu lebih bererti.”


  “Bercakap itu lebih baik daripada diam, 
  tapi diam itu lebih baik daripada bercakap 
  perkara yang merapu.”


  “Bercakap itu mudah sebab itu ramai 
  sungguh orang melakukannya, 
  tapi mengumpat itu lebih mudah
  sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”


  “Biar cakap sikit tapi bersama bukti;
  biar tak bercakap, buktinya nampak.”


  “Tanpa mulut lidah tak berfungsi,
  tanpa lidah mulut tak bererti.”


  “Jangan cakap je, tapi buat, 
  jangan buat je langsung tak bercakap.”


  “ Bukan semua yang manis itu manis 
  adakalanya di hujung lidah ia manis
  di hujung tekak menjadi pahit.”


  “Jangan fikirkan yang sedap saja, 
  kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit
  sebab kadang-kadang yang pahit itu 
  ubat sedang yang sedap itu racun.”

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails