6 WASIAT SAIDINA UMAR AL- KHATTAB
Suatu
hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;
Aku
berwasiat kepadamu enam perkara :
1. Jika
engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah
dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
2. Bila
engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak
ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
3. Bila
engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH swt! Kerana, tiada seorang
manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut
kepadamu selain DIA.
4. Jika
engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab,
andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
5. Bila
engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika
engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi atau penuh
penyesalan.
6. Bilamana
engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan
memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
No comments:
Post a Comment