Kelebihan
Membaca Ayat al-Kursi Selepas Solat
Nabi
Muhammad SAW bersabda:
“Siapa
yang membaca ayat al-Kursi setiap kali 
selepas
solat fardu, maka tidak ada yang dapat 
menghalangnya
masuk Syurga melainkan dia mati.”
Takhrij
hadis :
Hadis
ini diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dalam 
al-Kubra,
Ibn Hibban, al-Rawayaani, al-Daruquthni 
dalam
al-Afrad, al-Dhiya’ dan al-Tabarani 
dalam
al-Awsath oleh Sahabat Abu Umamah RA. 
Al-Haithami
berkata : ‘Al-Tabarani meriwayatkan
hadis
ini dalam al-Kabir dan al-Awsath dengan 
perlbagai
jalan, salah satu daripadanya adalah 
sanad
yang baik.’
Penjelasan
hadis :
Hadis
ini menunjukkan kelebihan membaca 
ayat
al-Kursi selepas solat. Siapa yang membaca 
ayat
al-Kursi setiap kali selepas solat maka 
tidak
ada apa yang dapat menghalangnya 
daripada
masuk Syurga kecuali mati iaitu 
tidak
ada syarat lain untuk dia masuk Syurga 
melainkan
dia perlu menghadapi kematian. 
Perkara
yang ada di antara seseorang itu 
dengan
Syurga hanyalah maut,
seolah-olah
maut itu berkata ; 
‘Kamu
kena melepasi aku dahulu sebelum 
masuk
Syurga.’ (Lihat : al-Taysir Bisyarh 
al-Jami’
al-Saghir, 2/844)
Sumber : di sini


Assalamualaikum..mohon untuk share.
ReplyDeleteterima kasih
Rata2 pngkaji hadis tdk mnjumpai status hadis ini sbg sahih sbaliknya ia adlh dhaif..
ReplyDelete