Tuesday, October 11, 2011

Ayam Penyet



Ayam Penyet masakan dari Indonesia yang cukup popular sekarang ...banyak cawangannya...kalau jalan-jalan di Wangsa Walk...kedai nilah  tempat kami makan....tapi saya lebih suka pergi di Cawangan kedai ayam penyet di Sri Gombak, sebab ada kawasan untuk orang tidak merokok " NO SMOKING"...masa bulan Ramadan hari tu saya cuba resepi ni...


Resepi Ayam Penyet Wong Solo

 Bahan A (Goreng dan kisar) — untuk merebus ayam 50 ketul
 Buah keras — 250 gram
 Ketumbar — 50 gram
 Bawang merah dan putih — 500 gram
 Kunyit — 600 gram
 Garam — 375 gram
 Air — 20 cawan

Bahan B (untuk menggoreng ayam)
Bawang putih — 900 gram
Kunyit — 25 gram
Telur — 5 (lima) biji

Bahan untuk sambal penyet:
Cili padi — 10 gram
Bawang putih — 10 gram
Tepung maizena (tepung jagung) — secukup rasa
Minyak masak — dua sudu makan


Cara membuat sambal penyet:

Semua bahan sambal penyet, kecuali minyak panas ditumbuk sebelum dicampur dengan minyak panas dan sedia untuk dihidangkan.

 Cara membuat ayam penyet:

Semua bahan A digoreng dan digiling dengan penggiling. Ayam dan bahan A (yang siap digiling) dikukus. Bahan B kecuali telur digoreng dan kemudian dikisar bersama telur sebelum dimasukkan garam secukup rasa. Apabila ayam siap dikukus, angkat seketika dan sapukan bahan B (yang siap dicampur) kepada ayam yang dikukus. Selepas itu, goreng dan tunggu sehingga masak. Ayam kemudian dipenyetkan dan siap untuk dihidangkan.

 * kalau tak tahan pedas, cili api boleh dikurangkan ikut selera sendiri. 

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails