SAMBAL UDANG - AMY
1 kg udang
1 labu bawang besar - dimayang bulat
1/2 cawan jus asam jawa @ asam keping
garam secukup rasa
2 sudu makan gula
minyak untuk menumis
5 sudu cili kering yang telah digiling/kisar (beli cili giling ready made aje)
Bahan kisar:-
10 biji cili merah
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan (kalau suka)
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan cili kering sehingga garing dan naik
minyak.
2. Masukkan jus asam jawa . Kacau rata.
3. Masukkan gula dan garam, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan udang dan hirisan bawang besar. Kacau rata. Tambah air kalau terlebih
masam atau pedas. Biar secukup rasa.
5. Biarkan sebentar, bila udang suda membulat tanda masak dan bawang agak layu. Tutup
api.
6. Hidangkan .
* Bukan sahaja makan dengan nasi , makan dengan roti pun sedap...Walllah...
No comments:
Post a Comment