Assalam.....internet DIGI ni...slow la pulak....semenjak dua menjak ni.... tu yang tak buat posting baru....bulan September macam-macam peristiwa berlaku.....awal September bulan Syawal...sambutan Hari Raya Eidul Fitri...masuk minggu kedua anak saudara GGee (anak abang Majid) bertunang, buat kat rumah saya di Nakhoda, masuk minggu ketiga, anak saudara Hussin (anak abang Ali) telefon bagitau dapat masuk Universiti Sarawak, tolong urusankan tiket penerbangan dan hantar ke KLIA dan masuk minggu ke empat , kakak telefon bagitau mak mertuanya meninggal dunia di Rembau...Innalillah.......masa tengah buat posting ni pagi dah masuk bulan Oktober...malam ni keluarga abang ipar nak buat kenduri tahlil...sebelum semua keluarga balik kerumah masing-masing...
Ni masa hari raya pertama...abang, kakak, abang ipar, anak-anak saudara....
Minggu kedua GGee bertunang....hari hujan lebat, jalan raya jammed...pasal ramai orang buat "OPEN HOUSE" walaupun rombongan lewat sedikit tiba, tapi majlis berjalan lancar.... Alhamdulillah.....
Minggu ketiga, hantar Hussein ke KLIA, flight kul 11.45, pukul 9.00 pagi kami dah ada kat sana, dah sarapan kat rumah, tapi sebab lama lagi nak tunggu kami masuk Mc D...sarapan lagi...
Minggu keempat...saya masih ada di N.S... Malam tadi kenduri tahlil, ramai sedara-mara sebelah abang ipar termasuk sepupu sepapat datang, tapi sebab malam saya pun tak teringat nak ambil gambar, nak pukul sebelas malam saya beredar, pergi tidur rumah kak Midah di Pedas, pukul satu pagi abang ipar Zali hantar hubby ke klinik ambil gas...pasal semputnya datang melanda....pukul 2.00 pagi lebih baru balik...petang ni InsyaAllah hantar Diba balik asrama di Kuala Kelawang, baru kami pulang ke Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment