Nasi ni dimasak ketika kakak ipar dan anak-anaknya datang bertandang.
Nasi Beriani Mudah - Amy
Bahan-bahan:-
4 cawan beras basthmati – rendam 1 @ 2 jam, cuci dan toskan.
3 cawan air2 cawan susu cair
1 labu bawang besar – di mayang
3 biji bawang merah * - dikisar
2 ulas bawang putih * - dikisar
1 inci halia* - dikisar
2 kuntum Bunga lawang
2 batang Kayu manis
4 kuntum Bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar Mentega
3 sudu besar badam serbuk
1 kiub ayam
2 helai daun pandan
garam
Pewarna kuning @ saffron.
Kismis dan gajus goreng (beli aje yg ready made)
1. Panaskan minyak sapi campur mentega dan tumiskan
bawang besar yang di mayang bersama rempah sekawan
(kayu manis, bunga lawang, cengkih)
2. Kemudian masukkan bahan kisar, rempah beriani yangbawang besar yang di mayang bersama rempah sekawan
(kayu manis, bunga lawang, cengkih)
telah dibancuh dengan sedikit air, serbuk badam dan
tumis hingga naik bau. (Tumis semua dalam kuali).
3. Sementara itu, masukkan air , susu cair dan kiub ayam
ke dalam periuk nasi letrik. Masukkan beras , garam
dan daun pandan. Kemudian masukkan bahan tumis tadi.
Biarkan nasi mendidih.
4. Bila nasi hampir masak, letakkan pewarna kuning.
Biarkan nasi benar-benar masak.
5. Akhir sekali masukkan gajus, kismis, biarkan seketika
lepas itu baru di gaulkan nasi tadi dengan gajus dan kismis
kacau sedikit guna garfu biar warna kuning itu bercampur.
Bolehlah dihidang.
* Nota:- Saya suka rendam beras basmati sebab bila masak
beras tu jadi panjang-panjang. Saya rasa mudah
masak nasi yang sebegini sebab, cara masaknya
lebih kurang sama macam masak nasi jagung,
nasi tomato, nasi pelangi cuma tukar bahan-bahan
tertentu, macam tomato paste, jagung, pewarna
dan ganti dengan bahan yang diperlukan seperti
rempah beriani untuk nasi ini. jadi tak perlu tunggu
majlis kahwin @ apa-apa majlis baru nak makan
nasi macam ni.
No comments:
Post a Comment